Kelantan siap sedia hadapi gelombang kedua
KOTA BHARU: Jabatan dan agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana banjir di Kelantan sudah bersiap-sedia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir dan yang seterusnya yang diramal berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata, antara persediaan yang dibuat termasuk mengenal pasti 729 pusat pemindahan sementara serta menyediakan stok barangan keperluan.
"Kita telah hantar stok bekalan seperti makanan, tikar dan sebagainya ke 170 pangkalan hadapan sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang juga Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir di sini hari ini.
Dalam gelombang pertama banjir yang bermula 3 Dis lepas, seramai 3,718 mangsa dari 1,165 buah keluarga khasnya di jajahan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Machang terbabit. -
21 DIS 13
CHUKAI: Gelombang kedua banjir melanda Terengganu apabila 91 penduduk di Kampung Labohan, Kerteh terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
Perkampungan itu dinaiki air selepas hujan lebat berterusan dari 8 pagi hingga jam 1 petang tadi menenggelamkan sebahagian rumah penduduk kampung terbabit.
SEMENTARA ITU SABAH JUGA DILANDA BANJIR:
67 kampung di Beaufort dilanda banjir
BEAUFORT - Banjir yang melanda daerah Beaufort menyebabkan 67 kampung ditenggelami air setinggi dua meter berikutan hujan lebat di hulu Sungai Padas, Tenom sejak semalam.
Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata pihaknya membuka lima pusat pemindahan yang setakat ini menempatkan 30 keluarga.
"Semalam kita hanya buka satu pusat pemindahan sementara tetapi kini ada lima sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan banjir bertambah teruk," katanya di sini hari ini.
Menurutnya beberapa jalan utama juga ditutup antaranya di Kampung Bingkul, Limbawang, Lawa, Melulugus, Mempagar, Binunuk, Gadung dan Kelabu.
Sementara itu, jurucakap Bilik Operasi Banjir Tenom berkata banjir kilat yang melanda daerah tersebut berikutan hujan lebat sejak Rabu lepas sudah pulih dan 14 pusat pemindahan ditutup hari ini.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 1,500 penduduk dari 31 kampung di Tenom dan Kemabong terjejas antaranya Kampung Ponontomon, Enubai, Saga Laut, Pantongan Saga, Pantongan Sapong, Bangkulin Lama, Labut, Gumisi Laut, Angalor, Mamantong, Kalasasan, Batu-Batu dan Tumantalik.
Namun beliau berkata pihaknya masih membuka bilik operasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya banjir kembali melanda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan