18 Disember 2013

RAMPASAN DADAH RM14 JUTA, PEGAWAI KANAN PENGUAT KUASA TURUT TERLIBAT.....APA NAK JADI KERANA WANG NEGARA HANCUR!!!


 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (dua,kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM14 juta pada Sidang Media mengenai penumpasan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR - Polis percaya dapat menumpaskan sindiket penyeludupan dadah dengan penahanan 11 lelaki termasuk pegawai kanan dan pegawai penguatkuasa serta warga asing dalam beberapa serbuan di ibu negara dan Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata mereka disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM14 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau berkata dalam serbuan di sekitar Taman Desa, Jalan Klang Lama, Brickfields dan Jalan Pudu di sini, serta Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan pada Sabtu lepas dan semalam, polis menahan empat lelaki warga Nigeria, seorang lelaki warga India dan enam lelaki tempatan berumur antara 22 dan 58 tahun.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 68.68 kg, heroin 9.7 kg, kafein 25.3 kg, sepucuk pistol jenis CZ bersama magazin serta 30 butir peluru, wang tunai RM34,950 dan menyita dua buah kenderaan.

"Amat menyedihkan apabila penguat kuasa ini yang seharusnya membantu dalam membanteras kegiatan dadah sebaliknya memberi bantuan kepada sindiket antarabangsa dalam penyeludupan dadah ke negara ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini hari ini.


Mohd Bakri berkata polis percaya penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket itu mendapat habuan tertentu dalam melakukan kegiatan itu, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai pegawai kanan dan pegawai penguatkuasa yang ditahan.

"Mereka menggunakan modus operandi keldai dadah yang tiba di KLIA tidak mengambil bagasi mereka tetapi terus keluar dari lapangan terbang dan menginap di hotel berdekatan.

"Kemudian mereka akan menghubungi KLIA bagi menghantarkan bagasi mereka ke hotel untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa mahupun ditangkap bersama bagasi berisi dadah itu," katanya.

Polis percaya sindiket itu bergiat aktif sejak setahun lepas di KLIA. Beliau berkata warga India itu ditahan reman tiga hari sejak Sabtu lepas manakala 10 yang lain direman tujuh hari mulai semalam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejak dulu lagi ada saja Pegawai yang sepatutnya menjaga keselamatan dan kesjahteraan rakyat didapati menyalah guna kuasa.... Namun mereka sering bebas dari hukuman kecuali sedikit atas sebab teknikal dan tak ada prima fasa dalam pertuduhan....
Harap kali ini sangkulah mereka yang bersalah...
SYABAS POLIS.......

rantai berkata...

satu lagi cara nak bagi "melayu" jadi kaya raya ...matlamat mahathir ... matlamat menghalalkan cara ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...