20 Disember 2013

FAKTA YANG KITA KURANG TAHU : THAILAND KELUAR 2.5 JUTA KERETA SETAHUN, MALAYSIA HANYA 500K, DIMANA SILAPNYA MUNGKIN ATAS DASAR PERLINDUNGAN KEPADA PROTON...

Industri Automotif Thailand Bernilai RM86 Bilion VS Automotif Malaysia? Di Mana Silapnya?


Kadang-kadang tiba masa, Berita Semasa akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?

Bagi Berita Semasa ini supaya berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama.
Kereta Proton = Kereta Nasional. Jualan Terjamin!


Konsep kereta nasional yang diperkenalkan di Malaysia adalah satu industri yang tenat. Ia hanya bergantung semangat patriotik bagi melindungi terus industri yang tidak cekap ditambah dengan pelarasan cukai yang tinggi baik kepada kereta Nasonal sendiri mahupun kereta import. Akhirnya? Akhirnya pembeli kereta di Malaysia iaitu rakyat Malaysia menjadi mangsa & “terkorban”.

Terbaru atas nama alasan untuk membela Proton iaitu :

Jika kereta nasional dihapuskan jualannnya di Malaysia, ia akan menyebabkan negara kehilangan RM12 bilion dalam pertukaran matawang asing setahun dengan mengandaikan harga sebuah kereta sekitar RM40,000 melibatkan RM300,000 kereta nasional ditambah dnegan kos mengimport kereta import. Siapa kata? Arkitek bagi polisi Proton Tun Dr Mahathir yang dimiliki taikun Syed Mokhtar Al Bukhary melalui DRB Hicom.

Melihatkan pandangan di atas, agak logik juga. Tetapi….ada tetapinya.

Tetapi, jikalau dikaji dengan lebih lanjut melihatkan antara ungkapan yang biasa digunakan oleh kalangan ahli perniagaan. Apa dia? “High pain, high gain”
Buang Tongkat Proton

Apa yang Berita Semasa cadangkan, adalah supaya usah lagi diberikan tongkat dan perlindungan serta keutamaan kepada Proton. Insyaallah, kasar aliran tunai akan mula menyusut dan pendapatan negara akan meningkat dan menjadi ekonomi negara kembali mampan. Dengan menjadikan industri automotif negara lebih liberal, pengeluar kereta akan datang berkumpul dan berkampung untuk melabur ke Malaysia. Akhirnya kita Malaysia akan menjadi pengeksport sebenar kereta dan bahagian-bahagian aksesori. Kuncinya?


Membuat jualan dengan cara mengenakan cukai kereta yang tinggi terhadap kereta import dengan harapan memberikan laluan untuk kereta Nasional untuk membuat jualan, adalah persaingan yang tidak adil dalam industri automotif dan memberikan bebanan hutang yang tinggi pembeli seperti rakyat Malaysia. Hyundai dari Korea Selatan, di mana mereka sekarang? Terus memanjat satu satu tangga untuk menakluk dunia. Apatah lagi umur Hyundai jauh lebih muda berbanding Proton. Tetapi di mana Proton sekarang selepas 28 tahun lamanya?

Tetapi media di Malaysia begitu takut untuk meletakkan kalimah kegagalan kepada Proton. Semacam penghinaan kepada mereka, satu karakter yang sepatutnya tidak patut ada dalam diri syarikat seperti Proton.

Kuncinya adalah membuang idea yang dipanggil istilah keramat dan sebuatan ramai selama ini iaitu, kereta Nasional. Jika ada kereta Nasional, adakah akan ada TV nasional, peti sejuk, loro, motosikal nasional atau apa-apa lagi selepas ini? Buat jualan bukan atas nama kereta Nasional tetapi kualiti.


Sumber : Thailand Automotive Institute (TAI)

Industri Automotif Thailand VS Industri Automotif Malaysia

Apa kereta dijual jauh lebih murah dan berpatutan, industri automotif akan terus bertenaga yang akan terbitnya potensi import yang tinggi sekaligus mampu meningkatkan pendapatan negara ke angka yang lebih tinggi :

Cara buat duit sekarang dengan industri kereta : kenakan cukai kereta tinggi RM 7 bilion
Cara buat duit pada masa akan datang yang lebih cekap : perbanyakan penghasilan & pengeluaran kereta untuk tujuan eksport

Mari kita lihat dan bandingkan industri automotif Thailand dengan Malaysia :

Thailand berjaya menghasilkan kira-kira 2.5 juta kenderaan.
Malaysia hanya menghasilkan sekitar 500,000 kenderaan sahaja, hanya satu perlima daripada Thailand
Thailand mengeksport lebih daripada 40 % berbanding Malaysia
Pendapatan eksport kereta untuk Thailand berjumlah US$27 bilion (lebih RM86 bilion) pada tahun 2011! Malaysia?
Thailand adalah pengeluar kereta ke-10 terbesar di dunia. Malaysia?

Bagaimana Thailand boleh berjaya melaksanakan dan mencapainya?

Di Thailand, tiada kereta Nasional. Kerajaan Thailand tidak membela pembuat kereta. Semuanya diberikan lapangan yang sama rata.
Dasar-dasarnya adalah liberal dan peluang yang sama diberikan di kalangan pelabur bermakna bahawa tidak ada diskriminasi dan diwujudkan persaingan bebas.Sumber : Global Automobile Production Ranking 2012



Kita tidak perlu membunuh Proton, tidak perlu. Cuma biarkan mereka berjalan sendiri. Sudah terlalu lama Proton berjalan “bertongkat”. Hanya perlu mengumumkan dasar tidak diskriminasi yang akan berkuat kuasa selama lima tahun daripada sekarang. Dan, pada masa itu mahu atau tidak Proton akan terus mencari rakan kongsi teknologi kerana ia perlu untuk terus hidup.

Anggaplah teguran kami ini kerana mahukan industri automotif Malaysia terus berkembang. Kami cemburukan kejayaan negara gajah putih. Jikalau Thailand boleh, mengapa tidak Malaysia?

P/S : Kepelbagaian sumber pendapatan negara bukan hanya berpaksikan kepada GST semata, malah boleh dipelbagaikan lagi, dengan cara merancakkan lagi indystri automotif negara. Apa pandangan anda pula?

2 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Banyak perkara (maklumat) yang rakyat Malaysia tak tahu atau dinafi untuk aksesnya. Malaysia sentiasa mencanang bahawa negara kita dipuji sebagai negara contoh atau negara I(slam terbaik. Kerajaan Malaysia banyak membuat kerja masuk bakul sendiri angkat. Rakyat dikerdilkan minda supaya nenerima hanya UMNO/BN saja pandai perintah dan tadbir negara. Lama-kelamaan rakyat terbanyak termakan dengan dongengan tersebut. Minda jadi sempit yang akibatnya makcik-macik kampung selalun jaja: Tak ada UMNO tak ada pembangunan. Rakyat kian tersisih dari maklumat sebenar. Itulah sebabbya UMNO/BN boleh berkuasa lebih setengah abad.

Rakyat didendangkan bahawa Malaysia sedang pesat membangun. Negara-negara jiran lebih pesat pembangunannya tapi kita tak nampak pun. UMNO/BN berjaya menjajah minda rakyat.

ilhamku berkata...

kita masih lagi pengeluar kereta tertinggi berbanding negara seperti somalia, tonga dan tobacco

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...