18 Disember 2013

SELANGOR BANTAH KENAIKAN TOL MENERUSI SAHAM DALAM TIGA KONSENSI LEBUH RAYA



Selangor bantah kenaikan tol menerusi saham dalam syarikat konsesi




Pakatan Rakyat akan guna saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya untuk bantah kenaikan tol, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat melalui kerajaan negeri Selangor akan menolak cadangan kenaikan kadar tol melalui saham yang dimilikinya dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan negeri Selangor memiliki 30% saham dalam Lebuhraya Kesas melalui PKNS manakala 20% dalam Lebuhraya Sprint serta Lebuhraya Damansara-Pucong (LDP) melalui Kumpulan Perangsang.

Pada sidang medianya hari ini, Anwar berkata, beliau berbincang dengan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mereka mencapai kata sepakat untuk menggunakan saham minoriti itu bagi membantah kenaikan tol.

"Saya difahamkan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Exco hari ini dan arahan akan dikeluarkan kepada wakil kerajaan dalam konsortium berkenaan untuk membantah kenaikan tol ini," katanya.




2 ulasan:

PemerhatiAnakMuda berkata...

TERBAIK...PR BOLEH!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak bantah kenaikan tol? rugilah pemegang saham macam ni. Sepatutnya dinaikkan sehingga 100% bertepatan pelbagai kenaikkan yang dilakukan oleh najib. Orang melabur dalam saham mahukan keuntungan bukannya kerugian. lagi banyak dapat untung lagi bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...