Penyokong-penyokong tuan rumah, Myanmar telah melakukan rusuhan sejurus tamat perlawanan bola sepak antara Myanmar dan Indonesia yang berkesudahan Myanmar tewas 0-1. Mereka bertindak membakar jersi pasukan mereka dan papan iklan sukan SEA dibakar dan dimusnahkan.
Ada juga yang bertindak membaling batu kepada polis yang mengawal rusuhan itu. Akses telefon juga dipotong dan laman Web Sukan SEA rasmi juga digodam sendiri oleh peminat yang tidak berpuas hati yang menuntut mutu pengadilan dikaji semula.
Sebelum perlawanan Myanmar telah menang dua kali dan seri sekali. mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk layak dan ditambah pula dengan keputusan seri 0-0 antara Thailand dan Kemboja yang memudahkan mereka menjadi juara kumpulan.
Malaysia juga berada situasi seperti Myanmar yang hanya memerlukan seri untuk layak. Kita harapkan malaysia mampu menang menentang Vietnam.
Apa pendapat anda tindakan yang dilakukan oleh penyokong2 Myanmar? Adakah boleh terjadi di negara kita sekiranya Malaysia gagal layak.
Apakah nasib team Malaysia sebentar lagi........
SUMBER BERITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan