19 Disember 2013

PANAS ! KELAB PENYOKONG KERAJAAN BN ( BNBBC) & MP UMNO TIBAI KABENIT NAJIB UNTUK KURANGKAN KADAR TOL BUKAN NAIK !!!!


K'jaan BN diingatkan pada manifesto kurangkan tol

Anggota Parlimen Kepala Batas daripada BN R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya.





Katanya, dalam akujanji itu, BN secara spesifik berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam agenda pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan pembangunan luar bandar.

"Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh pihak kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

"Kenaikan dalam apa sahaja kuantum, akan menyukarkan rakyat khususnya dalam bandar, dan kalangan mereka yang sentiasa perlu menggunakan laluan bertol, baik dalam bandar mahupun antara bandar."


'Turunkan, Bukan Naikkan Kadar Tol' - BNBBC


 Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.

"Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan," kata Shahrir.

Manifesto itu turut menyatakan antara perkara lain yang ditekankan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat-peringkat' dalam tempoh lima tahun akan datang.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, tiada sebarang rancangan oleh BNBBC untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan masih belum mengesahkan mengenai perkara itu.

"Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing," katanya.

Walaupun pemimpin-pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang mengenai kenaikan kadar tol itu kerana kawasan mereka tidak terlibat, Ahli Parlimen lain, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang dan beberapa bandar utama amat bimbang mengenai perkara ini.

Shahrir berkata, pemimpin-pemimpin BN yang menentang kenaikan kadar tol terkesan mengenai isu ini kerana pengurangan kadar tol, terkandung dalam manifesto parti itu ketika menarik pengundi.

"Namun, kita juga menyedari bahawa tidak menaikkan kadar tol akan bermaksud, mungkin ada kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan," katanya.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Najib ler penghancur BN dan UMNO. Secara logik, kalau dah buat manifeisto tu ikutlah bila dah menang pilihanraya. Ni tidak, mengelirukan pengundi dan penyokong sendiri. Saya cadangkan Najib dilucutkan jawatan sahaja oleh Majlis Tertinggi UMNO. Tak Layak pimpin negara kerana keputusan sebegini pun tak dapat dibuat....

Tanpa Nama berkata...

Umporno BN bukan lagi dapat diharapkan olih manusia untuk dipercayai akan janji dan kata2 mereka.
Ciri2 munafik telah bersemadi dalam setiap hati dan jiwa ahli2 dan pemimpin Umporno.
Kepada mereka apa jua yang memberi kuasa dan kesenangan kapada mereka adalah halal dan bernilai mulia.
Apa nak jadi pada rakyat jelata bukan lagi kepedulian mereka.
Anihnya yang buta menyokong mereka tetonggen tonggen untuk menegakkan kerakusan dan kezaliman mereka dengan terus yakin dan memuji muji pemimpin mereka yang jelas Pembohong Mega.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...