15 Disember 2013

PANAS ! NAK BELI TELOQ MURAH JUMPA KDN?


Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq'


Datuk Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.

Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.

"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.

Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.

Khamis lalu, 10 bukti dikemukakan KDN bagi mengaitkan Mohamad atau Mat Sabu dengan Syiah kepada umum.

Bukti itu yang dikatakan hanya gred B dan selebihnya yang disifatkan sebagai gred A akan pun diserahkan kepada pihak berkuasa agama.

Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan sikap suka berseloroh itu turut menulis dalam Twitternya, "KDN tak dak (tidak ada) gred".

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEJAK MENTERI KAKI PUKUL, KAKI TENGKING PEMBERITA JADI MENTERI KDN, NAMPAK MACAM SEMUA KDN MECELARU, HARU BIRU.
BILA TUDUH ORANG DENGAN BUKTI KANGKUNG, PANGKIL YANG DITUDUH UNTUK BUKTIKAN TUDUHAN ITU SALAH....
DAAIIIII MACA MANA PUNYA SISTEM KAU PAKAI? Allah dalam Al Quran larang kita menuduh orang tanpa bukti, tanya surah dia kat Ostaad Z anti Wahabi..... Terdapat beberapa hadith sahih yang juga melatang....
Tapi hampa buat BENGKEKNYE PAUK NI

Tanpa Nama berkata...

Si Zamihan mmg kaki bacul. Dulu tuduh Dr Asri Wahabi...bila nak kena saman...srnyap terus.
La ni pi tuduh abg Mat pulak Syiah. Mai bawak bukti..mcm pelaq ja.
Mmg lahabau si Zamihan ni

Tanpa Nama berkata...

Ostad Z ini memang PELAQ, sebelum kes wahabi, dia asyik kutuk kerajaan, isu hududlah, isu judilah lepas tu kena arah tukar ke Keningau Sabah, menggelabah sana sini tanya pasai Keningau.... Pekat di sebalik gunung Kinabalu, merayu sana menyembah sini buat aku janji akan rnendah sikit intonasi ceramah.... Selamat dia.
Depa letak kat JAKIM,..... Bawa pula isu wahabi... Kena kutuk & nak kena saman DIAM MENIKUS...... ini kutuk pulak pasal Syiah ok lah.... sebab Syiah pun sama pelaq macam dia juga, ini heret MAT SABU DENGAN BUKTI kalau orang hutan Sepilok pun gelak... Tunggu bila nak kena saman nanti TAULAH MACAM MANA PELAQ NI BUAT UTURN BARING....

Tanpa Nama berkata...

Di JAKIM pun dia ni tiakam dan makan kawan sepejabat ada yang kena gam kat radio dantv ada kena sekat dari beberaapa negeri...... Itu lah kerja Ostad Zoro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...