06 Disember 2013

TERKINI! INFO BANJIR PANTAI TIMUR - KEMASKINI 8HB. DIS13

DAPATKAN INFO BANJIR DIBAWAH:

INFO BANJIR PAGE 1  : KUANTAN

MAKLUMAT BANJIR JPS :  JPS KUANTAN

PAGE 2  :  Life@ Kuantan


PAGE 3 :  KOTA BHARU BRI

PAGE 4  :  BANJIR DI TERENGGANU

INFO BANJIR MYMETRO :   SINI

LAGI BERITA DARI KEDAH KINI :   INFO BANJIR KEDAHKINI

KEMASKINI TERBARU.....11.30 PG - 8HB. DIS13.

Gelombang Kedua Banjir Di Terengganu


 Gelombang kedua banjir telah bermula di Terengganu apabila lebih ramai yang terjejas akibat peningkatan air, manakala hujan berterusan di Pahang meletakkan pihak berkuasa dan orang ramai sentiasa berwaspada dalam tempoh 24 jam akan datang.

Walau bagaimanapun, Kelantan dan Johor kedua-duanya menunjukkan sedikit pengurangan selepas banyak mangsa banjir yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Jabatan Meteorologi berkata ribut petir dan hujan lebat yang berlaku di Pahang dan Terengganu dijangka berterusan.Ia turut menyatakan bahawa keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Di TERENGGANU, BERNAMA melaporkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di meningkat kepada 22,391 orang pagi Ahad berbanding 22,040 orang malam Sabtu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara peningkatan itu berlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan kesemuanya 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga sebelum ini.

Tiada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga, Marang 26 orang daripada lapan keluarga dan Hulu Terengganu 19 orang daripada empat keluarga.

Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Baharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula pada umumnya paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya pagi ini.

Komunikasi di Kemaman telah terjejas apabila banyak pencawang elektrik di tenggelami air, menimbulkan kesukaran bagi mangsa-mangsa banjir untuk membuat panggilan mendapatkan bantuan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tentera telah bersiap sedia untuk dengan jurutera untuk membina jambatan taktikal di Sg Limbungan Kemaman selepas sebahagian lima meter tebing sungai runtuh.

Di PAHANG, Jabatan Meteorologi berkata amaran tahap oren telah dikeluarkan untuk Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, Bera dan Maran di Pahang, yang dijangka akan menyaksikan hujan lebat berterusan sehingga hari ini. Pada Sabtu, ibu negeri, sudah pun merasai bahang banjir dengan penutupan jalan raya dan perniagaan, setelah hujan yang berterusan dari pagi.

Pada pukul 6.15 petang, terdapat peningkatan mangsa pemindahan di Pahang dengan 39,580 orang berlindung di 116 pusat pemindahan, bilangan tertinggi di kalangan negari-negari yang terjejas. Bera adalah daerah terbaru yang dilanda banjir. – Mstar.
Gelombang kedua malam tadi

MAKLUMAT BANJIR JPS :  JPS KUANTAN

Penduduk Kampung Bukit Rangin mengemas peralatan dapur selepas rumahnya dilanda banjir luar biasa, pagi semalam.

KUANTAN - Kerajaan negeri mengingatkan semua mangsa banjir yang sudah pulang ke rumah masing-masing diminta kembali segera ke pusat pemindahan kerana gelombang kedua berlaku malam tadi.

Kawasan yang dijangka terjejas akibat bencana alam itu ialah Sungai Isap, Taman Sepakat, Bukit Rangin, Tanah Putih, Taman GUru dan Kampung Belukar di Kuantan,

Jabatan Pengairan dan saliran (JPS) melalui laman Facebooknya memaklumkan bacaan air di Sungai Kuantan di Stesen ByPass sehingga jam 6 petang semalam ialah setinggi 2.94 hingga 2.35 melebihi paras normal manakala bacaan di stesen Bukit Kenau adalah 20.39 hingga melebihi 0.39 iaitu di atas paras waspada.
Orang ramai juga dimaklumkan kemungkinan air pasang besar setinggi 3.5 meter berlaku pada jam 1.45 pagi tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat petang semalam kepada 39,580 orang berbanding 38,235 yang direkodkan tengah hari semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 4 petang, lebih 39,000 orang daripada 10,925 keluarga, masih ditempatkan di 121 pusat pemindahan dengan melibatkan 128 kampung yang terjejas akibat banjir di lapan daerah di negeri ini.

“Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,222 yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan banjir,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, di Pekan, seramai 3,464 mangsa banjir ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 520 (10 pusat), Maran 315 (sembilan pusat), Bera 106 (lapan pusat), Rompin 53 (empat pusat) dan Lipis 53 (empat pusat).

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau.

Keadaan banjir di Sg. Lembing kembali dinaiki air

Pahang, Terengganu cecah 60,000 mangsa

 Pahang dan Terengganu kini mencatatkan jumlah keseluruhan 60,851 mangsa banjir yang ditempatkan 191 pusat penempatan banjir berikutan hujan berterusan dan ancaman gelombang kedua yang dijangka berlaku.

Di PAHANG, harapan untuk melihat keadaan banjir di negeri itu reda seakan tipis apabila hujan berterusan sejak awal pagi tadi. Cuaca cerah sepanjang semalam membuatkan ramai menjangkakan berterusan hingga ke hari ini namun sebaliknya berlaku.

Sehingga kira-kira 1.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 38,210 mangsa masih berada di 117 pusat pemindahan di negeri ini.

Kuantan terus menjadi daerah paling teruk terjejas apabila 32,871 mangsa daripada 9,667 keluarga dipindahkan ke 38 pusat pemindahan.
Pekan mencatatkan 3,464 mangsa daripada 799 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan.
Sekurang-kurangnya 172 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di Rompin.
Di Maran pula, 183 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di 5 pusat pemindahan.
Temerloh turut mencatatkan peningkatan apabila 839 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu.
Seramai 53 mangsa daripada 11 keluarga pula berada di empat pusat pemindahan di Lipis.
Di Jerantut, 519 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan dan Bera mencatatkan 117 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mengingatkan penduduk di negeri ini supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Katanya, penduduk terutama yang berada di kawasan rendah diingatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah.

Di TERENGGANU, gelombang kedua yang dijangka berlaku malam ini menyebabkan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir di Terengganu terutama daerah Kemaman.

Sehingga 1.30 petang tadi, 22,641 mangsa (5,201 keluarga) berbanding hanya 7,140 mangsa pada jam 12 tengah hari yang kini ditempatkan di 74 pusat pemindahan di seluruh Terengganu.

Daerah Kemaman menunjukkan peningkatan mendadak iaitu seramai 18,576 mangsa daripada 4,177 keluarga yang dipindahkan di 43 pusat pemindahan berbanding hanya 2,778 mangsa sebelum ini.

Peningkatan yang ketara berlaku berikutan orang ramai mengambil langkah awal selepas mendapat maklumat akan berlaku gelombang kedua banjir sekali gus mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, Dungun yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi menunjukkan penurunan apabila hanya 3,951 mangsa (991 keluarga) saja ditempatkan di 27 pusat pemindahan berbanding 4,248 mangsa kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Sementara di Marang, 44 mangsa daripada 15 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jenang dan SK Pasir Puteh.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan angin kencang Timur Laut berkelajuan dari 60kmsj dan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan.  Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 9 Disember depan. 

Terengganu dan Kelantan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang mana ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Bina rumah tinggi elak berpindah

Banjir di Cukai atasi rekod 1971



Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

KEMAMAN - Limpahan air melanda Kemaman khususnya di sekitar bandar Cukai dikatakan mengatasi rekod banjir besar di daerah tersebut pada tahun 1971 dan tahun lepas.

Jurutera daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kemaman Abdul Razak Ahmad berkata rekod hujan tertinggi itu melebihi 1,161 milimeter (mm) di Stesen Hujan Jabor dan 1,029mm di Stesen Hujan Padang Kubu.

Katanya satu lagi stesen hujan di Air Putih turut mencatatkan jumlah yang tinggi bagi tempoh berkenaan iaitu 712mm.

"Rekod taburan hujan tertinggi di Stesen Hujan Jabor itu menghampiri separuh daripada purata taburan hujan dicatat seluruh negeri Terengganu iaitu antara 3,000-3,500mm bagi tempoh setahun.

"Jumlah kuantiti air bagi tempoh tersebut agak luar biasa berbanding 500mm sahaja di Stesen Air Putih iaitu catatan taburan hujan tertinggi dari 24 hingga 27 Disember 2012 ketika terjadinya banjir tahun lepas," katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bantuan banjir Kemaman, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Anggota Parliman Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Abdul Razak berkata faktor semula jadi adalah penyebab curahan hujan lebat luar biasa melanda daerah ini (Kemaman) selama tiga hari bermula 2 hingga 5 Disember lalu.

Kesemua aliran air hujan itu memasuki tiga sungai utama di daerah ini iaitu sungai Jabor, sungai Tebak dan sungai Air Putih sebelum bertemu dan masuk ke sungai kemaman di bahagian hulu, yang mengalir ke kuala di mana terletaknya bandar Cukai.


Katanya limpahan hujan luar biasa itu turut mengakibatkan beberapa kawasan berkepadatan penduduk yang sebelum ini tidak pernah ditenggelami secara kritikal seperti Paya Berenjut dan Mak Lagam menerima kesannya. "Malah banjir kali juga ditambah dengan faktor air pasang laut besar dari 2 hingga 5 Disember lalu," katanya.

Sementara itu menteri besar berkata segala bentuk bekalan bantuan seperti barangan keperluan dapur, minuman, ubatan, selimut dan barangan asas berkaitan akan disalurkan segera kepada para penduduk terlibat."Ini termasuk menggunakan sepenuhnya bantuan logistik daripada Angkatan Tentera Malaysia bagi menyegerakan penghantaran bekalan berkenaan terutamanya di kawasan sukar serta terputus laluan darat," kata Ahmad.
Banjir di Terengganu semakin buruk apabila 22,527 orang dipindah dengan Kemaman mencatatkan peningkatan drastik 18,279 mangsa, 1.20 ptg ini




Mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Johor menurun dengan 38,099; 6,650 dan 1,630 orang dipindahkan ke pusat pemindahan hingga 10 pg ini

# Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat
Dikeluarkan pada: 09:48am pada 07 Disember 2013

KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Kampar dan Batang Padang), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), N. Sembilan (Daerah Jelebu dan Jempol), Pahang dan Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga petang, Sabtu 7 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perak (Daerah Larut,Matang&Selama, Kinta, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Daerah Segamat, Ledang dan Muar).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Gambar: Sg. Lembing terkini. Abaikan tarikh tersebut.

Sg. Lembing terkini. Abaikan tarikh tersebut.

Muhyiddin mohon maaf kepada mangsa bencana banjir


Muhyiddin bersama Ahmad Said dan Shabery Cheek meninjau kawasan banjir hari ini -

KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon maaf kepada semua mangsa bencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.Justeru beliau mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberikan stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.

"Saya telah keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” Muhyiddin.


Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, pada Jumaat. Timbalan perdana menteri dan rombongan menaiki lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh kira-kira 5 kilometer dari persimpangan Mak Lagam.

Muhyiddin turut meminta ATM membekalkan makanan kering ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir di semua lokasi.Ia, berikutan keperluan asas sedia ada, tidak mampu menampung mangsa banjir yang semakin meningkat.

Pada masa sama beliau melihat keperluan mendesak bagi menggerakkan pasukan perubatan ditempatkan di pusat pemindahan untuk memantau keadaan mangsa banjir.

“Saya telah mencadangkan kalau tidak mencukupi jabatan kesihatan negeri harus bantu dengan menggerakkan doktor di kawasan yang tidak mengalami banjir, di mana sekalipun mungkin mereka boleh dihantar supaya di setiap pusat pemindahan tu ada satu team yang disediakan untuk menjaga kesihatan mangsa banjir.”

Beliau kemudian menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat kawasan banjir di beberapa lokasi lain. Lawatan turut disertai Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar.


Aduan sayu mangsa banjir.. insyaalah.. NGO2 perihatin bersama kalian semua...
MACAM NIE PUN ADA JENIS HARAM JADAH.....

Kiriman : Umi Sofia. LOKASI KUANTAN
Beginilah keadaan ibuku yg br menjalani pembedahan pintasan jantung d bawa keluar dgn tangki air kerana tiada sbrg bantuan yg dtg.



Jambatan bersejarah jambatan putus Buloh Kasap di Segamat, Johor telah melebihi paras bahaya akibat banjir.


LOKASI: Pusat Pemindahan Banjir Dewan MSN Taman Rakyat, Dungun.
*Foto ehsan - Bilik Gerakan UiTM Terengganu.



LOKASI: Pusat permindahan banjir, Sek. Men. Bukit Mentok Kemaman
*Foto ehsan - Paeh Min.


Gambar: Lokasi - Jalan Mak Lagam, Kemaman

*Foto ehsan - Azhiim Nur.
Lokasi - Jalan Mak Lagam, Kemaman


Gambar: LOKASI: Kuala Jengai Dungun

Askar tiba membantu mangsa banjir.
LOKASI: Kuala Jengai Dungun ,   Askar tiba membantu mangsa banjir.

Banjir di pantai timur bertambah buruk

 Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.

Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.

Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.


Mangsa banjir di Terengganu meningkat 7,110 berbanding 6,052 penduduk sebelum ini dengan jumlah paling ramai di Dungun iaitu 4,213 orang

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 1,437 daripada 1,825 sehingga jam 12 tengah hari tadi

Gambar: LOKASI : Dungun, Terengganu. 

Permandangan dari udara.




Keadaan di Kemaman , semalam



Kelantan dan Terengganu catat penurunan mangsa banjir

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan mencatatkan penurunan walaupun laluan di kedua-dua negeri masih ada yang tidak boleh dilalui.

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu turun kepada 6,052 pada kira-kira 11 malam tadi, berbanding 6,595 yang dicatatkan pada kira-kira 7 malam tadi.

Mangsa banjir di Kelantan juga turun kepada 1,675 yang direkodkan pada kira-kira 11 malam, berbanding 2,078 mangsa dicatatkan pada 7.30 malam tadi.

Sejumlah 1,559 keluarga kini berada di 82 pusat pemindahan di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Tiga puluh pusat pemindahan masih menempat mangsa di Kelantan, termasuk Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat.

Laluan ditutup di Kelantan adalah di Kilometer 12.2 Jalan Masuk Aring 8 & 9 dan Jalan Chiku-Aring di Gua Musang, Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal di Kuala Krai.

Selain itu, Jalan Pasir Puteh-Semerak di Pasir Puteh, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah dan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat, turut ditutup.


BERITA SEMALAM....

Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama hari ini.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.

Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan, malam ini.

Di JOHOR BAHRU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang.

Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemaskini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang.

Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.

Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang.

Menurut lamanweb Jabatan Pengairan dan Saliran, kebanyakan tempat mengalami cuaca baik dengan tiada hujan atau menerima taburan hujan antara 1mm dan 30mm (hujan gerimis dan sederhana) sejak tengah malam semalam.

Bagaimanapun, Sungai Linggiu di Kota Tinggi mencatatkan taburan hujan sebanyak 83mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat.

Empangan Juaseh di Segamat dan Ladang Nam Heng di Kota Tinggi masing-masing menerima hujan lebat sebanyak 48mm dan 36mm.

Kedahkini akan kemaskini berita ini....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...