05 Disember 2013

TERKINI! RATUSAN KENDERAAN TERPERANGKAP DI SEMPADAN KEMAMAN -KUANTAN



Jalan Kuala Kejir runtuh akibat arus sungai yang deras..

Ratusan kenderaan terperangkap di sempadan Kemaman-Kuantan

KUANTAN: Menyedihkan... Itulah yang mampu diungkapkan apabila melihat ratusan kenderaan tersadai di sempadan Kemaman-Kuantan dekat Chendor.

Ratusan pengguna jalanraya yang terperangkap sejak semalam, malah ada yang selama dua hari, termasuk tersadai di lebuhraya Jabor-Jerangau menuju ke Kuantan.

Sebaik mendapat maklumat berhubung situasi di sini, pasukan bertindak Bencana Alam Indera Mahkota diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu terus menyediakan makanan tengahari beserta air mineral bagi meringankan bebanan mereka.

Keadaan diburukkan lagi dengan tiadanya liputan telefon bimbit yang menyukarkan perhubungan dengan keluarga ataupun syarikat.

"Justeru saya menyeru agar pihak berwajib atau agensi yang bertanggungjawab agar segera ke sana bagi membantu ratusan pengguna jalanraya yang terkandas lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua," ujar Andansura sewaktu membahagikan bekalan makanan di sana sebentar tadi.


PETA laluan ditutup berikutan banjir di Terengganu yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Banjir Negeri, hari ini.5HB.DIS.

Lokasi - Jambatan Kuala Kejil Tanggol Kuala Berang.
Di tutup kepada kenderaan.



Jambatan kat Chukai Kemamam dah runtuh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...