04 Disember 2013

1,860 MYKAD HILANG SEHARI, SITUASI TIDAK MASUK AKAL


Pakatan Rakyat tuntut penjelasan 1,860 MyKad hilang setiap hari

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjawab isu peningkatan jumlah luar biasa kehilangan MyKad yang dilaporkan pada tahun ini iaitu sebanyak 565, 157.

Beliau berkata, jumlah yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam direkodkan bermula Januari hingga 31 Oktober 2013 dengan peningkatan 32% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

"Kita hairan kenapa setiap tahun berlakunya peningkatan dalam kes kehilangan atau kecurian MyKad.

"Bayangkan jumlah itu bersamaan dengan 1,860 sehari kes kehilangan mykad dilaporkan maksudnya setiap minit lebih satu kes kehilangan direkodkan dan situasi ini begitu tidak masuk akal," 
katanya kepada media di Parlimen hari ini. ~tmi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...