07 Disember 2013

HOT ! MAT SINGA REMPIT DENGAN LAMBORGHINI ..MAT M'SIA REMPIT DENGAN KAPCAI...



Tiga buah Lamborghini milik warga Singapura hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi tadi. Lima kereta milik warga Singapura itu berkonvoi dari Singapore ke KL.





SEREMBAN: Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, pagi ini.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, kereta ketiga dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu lalu menyebabkan kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.

Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...