03 Disember 2013

PANAS ! SETELAH LEMBAH BUJANG DIMUSNAHKAN....BARU NAK DIWARTAKAN..


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan lulus permohonan Lembah Bujang diwartakan

Alor Setar: Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, sahkan permohonan kerajaan negeri agar tapak warisan di sekitar Lembah Bujang di negeri ini diwartakan, mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang antara lain turut membabitkan arahan kepada syarikat pemaju menghentikan kerja pembersihan di tapak Candi 11 di Lembah Bujang, yang kini menimbulkan kritikan ramai terutama ahli sejarah dan pakar arkeologi.

"Kerajaan negeri sedih dan kesal atas pemusnahan Candi 11 di Sunga Batu, Lembah Bujang walaupun ia adalah struktur yang dibina semula pada 1974 di atas tapak asal yang dibina pada 8 hingga 11 Masihi.

"Justeru kerja ekskavasi dan pemuliharaan di tapak berkenaan akan diambil dengan diteruskan oleh pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) sehingga kawasan terbabit boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas timbul rungutan akibat risiko kemusnahan tapak bersejarah Lembah Bujang terutama di Candi 11 susulan aktiviti pembersihan kawasan untuk tujuan pembangunan oleh pemaju.

Sehingga kini kajian arkeologi di Sungai Batu mendedahkan bahawa tapak terbabit digunakan sejak kurun kelima sebelum masihi dan berlarutan dari semasa ke semasa sehingga kurun ke-17 Masihi.

Ini sekali gus membuktikan tamadun Sungai Batu sebagai tamadun tertua di rantau ini yang berasaskan peleburan besi.




Isu Candi : Pemaju tak tahu itu candi, projek nie diluluskan 1994/95

Pemaju: Kami tak tahu itu Candi Lembah Bujang


Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah.

Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju.

"Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa," katanya dipetik daripada akhbar The Star.

Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995.

"Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu," katanya.


Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.

"Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya," katanya.

Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk.

Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar candi yang sudah dirobohkan dan masih banyak yang belum digazetkan sebagai kawasan sejarah.

1 ulasan:

melor45 berkata...

Macam diJohor dimana rakyat tempatan dah terasa teruk bila kampung halamanya dah jadi milik orang dan dihalau macam kucing kurap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...