Sekumpulan pengikut Syiah di Pendang, Kedah membuat laporan polis terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana didakwa mengeluarkan teks khutbah yang bersifat fitnah terhadap mereka.
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan mendakwa teks khutbah pada 29 November lalu yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negara mengandungi terlalu banyak pembohongan serta fitnah terhadap mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Tambahnya lagi, teks khutbah itu juga seperti cuba membangkitkan kemarahan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pengikut Syiah.
Dalam satu reaksi segera, Pertubuhan Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) menyifatkan laporan polis itu sebagai satu cabaran terhadap kerajaan.
"Kerajaan sekarang berada pada landasan yang betul dalam usaha membanteras Syiah dan kerajaan juga berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka," kata Pengerusi Giptis, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan