26 Disember 2013

TERHANGAT ! 3 DITAHAN SERANG KERETA POLIS !!!!!



Kumpulan remaja terlibat menyemburkan buih ke arah kereta peronda polis dan ada diantara mereka membaling objek keras hingga merosakkan kenderaan terbabit.

Kumpulan remaja serang kereta polis

KUANTAN - Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja terbabit bertindak mengganggu pengguna jalan apabila menyembur buih ke arah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perbuatan kumpulan terbabit, ada pemandu kenderaan terlibat menghubungi pihak polis untuk mengawal dan meleraikan kumpulan remaja itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebuah kereta peronda bersama dua anggota polis di kerah ke lokasi dan mendapati keadaan sesak dipenuhi orang ramai yang berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya, kehadiran kereta peronda di kawasan itu gagal menyuraikan kumpulan terbabit sebaliknya mereka bertindak menahan dan menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kenderaan polis itu.

“Dua anggota polis dalam kenderaan itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meminta bantuan memandangkan keadaan agak tidak terkawal.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan,"katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek bagaimanapun tiada rekod jenayah namun mereka terpaksa ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu depan.

Mohd Haris berkata, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta peronda terbabit kemek di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...