03 September 2013

Tiada Makna Kerajaan Beri BR1M....Kata Ibrahim Teksi


Kenaikan harga minyak: PM kena beri penjelasan terperinci



PETALING JAYA: Perkasa minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan yang lebih ‘detail’ dan terperinci sebab-sebab harga petrol 95 dan diesel naik 20 sen.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, kenyataan Najib sewaktu mengumumkan kenaikan harga petrol 95 dan diesel belum dapat dihayati sepenuhnya oleh rakyat.

“Harga dunia ‘crude oil’ belumlah tinggi sangat dan dijangka tahun hadapan kerajaan akan melaksanakan GST,” katanya kepada FMT.

Sehubungan dengan itu, bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata untuk mengelak mana-mana pihak mengekploitasi isu kenaikan harga petrol dan mengungkit di mana yang dikatakan rakyat didahulukan, maka penjelasan terperinci wajar dibuat dengn segera.

“Alasan kenaikan untuk mengukuh ekonomi negara perlu kepada penjelasan lanjut,” katanya lagi.

Beliau menambah rakyat biasa yang pendapatan kurang RM3,000 pasti keliru dengan mengatakan kalau macam ini, tiada makna kerajaan beri BR1M.

“Saya buat kenyataan ini hasil reaksi rakyat satu jam selepas pengumuman Perdana Menteri,” tegasnya lagi.

Beliau berharap Najib dapat memberi perhatian segera dalam menangani isu kenaikan harga petrol ini.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berkata janganlah kerana kenaikan minyak ini, ada pelajar terpaksa berhenti sekolah bagi mencari rezeki utk menanggung bebanan ibu bapa mereka.

Menurut Presiden GPMS, Jais Abdul Karim. GPMS ingin mencadangkan agar kerajaan menyediakan makanan harian di sekolah utk para pelajar yg khususnya ibu bapa mereka yg berpendapatan RM3ribu ke bawah.

” GPMS juga mencadangkan harga subsidi petrol untuk bas sekolah dikekalkan bagi mengelakan kenaikan bayaran perkhidmatan mereka, “katanya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah hal umno di kalangan saf2 pimpinan nye, hal hrga minyak pun tkde sekata, rakyat yg jadi mangsa hidup susah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...