01 September 2013

Panas ! Lagi 2 Kes Tembak Mati, Walaupun Pihak Polis Jalankan Ops Cantas

Foto Menarik
ANGGOTA polis memeriksa lokasi seorang lelaki dipercayai bekas anggota TUDM berusia 35 tahun maut ditembak berdekatan kedai makan bapanya di Taman Rishah , Ipoh kira-kira 7.30 pagi.


IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa.

"Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan.

"Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Seorang lagi diTembak mati ketika sembahyang

Nusajaya: Seorang bekas tahanan ordinan darurat (EO) yang bersembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini, maut selepas ditembak lebih 10 das dari jarak dekat, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, K Jaganathan, 37, (gambar) disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa didatangi dua lelaki yang datang ke kuil itu menaiki sebuah motosikal.“Suspek terus meluru ke arah mangsa yang bersembahyang sebelum melepaskan tembakan. Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian berlaku dengan pantas,” katanya di sini, semalam.

Menurut Noor Hashim, hasil siasatan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan pada hari sama. “Sehubungan itu, polis kini memburu dua suspek dan individu yang terbabit dalam kejadian itu.


Semakan juga mendapati mangsa yang maut turut mempunyai lebih tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan berat dan pernah ditahan di sebagai EO di Penjara Simpang Renggam selama dua tahun,” katanya.

Noor Hashim berkata, siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan mana-mana geng kongsi gelap.

“Kita akan lakukan siasatan secara terperinci mengenai kejadian itu, terutama bagi mengenal pasti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.Sementara itu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya menemui 14 kelongsong peluru di lokasi kejadian membabitkan mangsa yang juga penternak lembu.

Sumber polis berkata, semua kelongsong peluru itu dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.
“Tembakan dilepaskan seorang daripada dua penjenayah dan kami masih menyiasat jenis senjata digunakan,” katanya. Menurut sumber, siasatan awal mendapati sedas tembakan dilepaskan terhadap mangsa dari belakang sebelum beberapa das lagi dari depan apabila mangsa tumbang.

“Penjenayah melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC dan setakat jam 4 petang semalam, tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...