03 September 2013

Panas ! Kenaikan Harga Minyak Sudah Dijangka....Ada Tip untuk Berjimat....




Saat yang ditunggu sudah tiba, bagi yang memahami cara ekonomi yang diuruskan BN memang tiada kejutan  kerana dasar mereka untuk mengurangkan subsidi. Maka rantaian kenaikan barang-barang lain akan berlaku. Kerajaan BN terpaksa menaikan Minyak kerana hutang-hutang kerajaan yang kini lebih RM500 bilion dan belanjawan negara sentiasa dalam keadaan tidak cukup wang....

Keadaan bertambah sesak di stesen-stesen minyak seluruh negara, terutamanya di kawasan bandar, malam ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 September, 2013.

Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.

Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.

Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.

Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.

"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.

"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.

Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.

"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.

Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.

Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.

"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.

Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.

"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sebagai Ahli UMNO dan pengundi BN, saya amat kecewa dengan pengumuman Najib Razak menaikkan harga minyak sebanyak 20sen berkuat kuasa malam nanti.

Tindakan ini mengulangi kesilapan Tun Pak Lah yang menaikkan harga minyak selepas PRU12. Adakah ahli UMNO dan pengundi BN lain setuju dengan tindakan ini pada waktu sekarang...? - MS
Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

Hangpa cuba tip neh....kut-kut boleh pakai....


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...