07 September 2013

PANAS! BERATUS PEMBELI KERETA DI LANGKAWI KECEWA...HARGA HONDA JAZZ BUKAN RM36K

Penduduk Langkawi dikejutkan dengan harga tawaran HONDA JAZZ 1.5 yang amat rendah sekitar bulan julai 2013, mungkin dipercayai strategi honda untuk menghabiskan stok dimana Langkawi tiada dikenakan sebarang cukai jadi tiada insentif dari pihak kerajaan. 

Sebelum ini kita merasa harga ini amat rendah ketika Nilai RM jatuh meredum dan mengsyaki ada yang tidak kena....


Harga yang ditawarkan sekitar RM36K telah ditempah lebih 500 orang dan menurut penduduk langkawi ada yang membuat bayaran tempahan sebanyak 5 buah sekali gus.......dengan pembatalan harga tersebut amat mengecewakan kepada pembeli yang telah membayar wang tempahan tempoh hari.



DIBAWAH PENJELASAN DARI SYARIKAT TERSEBUT MENGENAI PERUBAHAN HARGA...


Yooi Cars Sdn Bhd telah berkongsi satu gambar.
Anda yang dihargai...,
Seperti yang sedia maklum, kesilapan harga telah berlaku dan kita terpaksa menerimanya dgn melihat dari persepsi yang positif dan logik akal.
Mungkin ramai yang kecewa tetapi kekecewaan tersebut tidak sepatutnya hanya melibatkan 'peribadi dan kepentingan' sesetengah pihak sahaja.
Mungkin saja keputusan terpaksa dibuat utk kebaikan keseluruhan dan KITA TIDAK TAHU MENAHU.

Ada perkara tidak dapat kita jangka akan berlaku walaupun ia tidak kita harapkan berlaku. Ada perkara yg kita rasa berat tetapi kondisinya tidaklah seberat pihak-pihak lain yg telah berusaha utk memperbaiki situasi. Sebaiknya usah kita melabelkan semua perkara dgn tanggapan negatif yg mungkin bakal membenihkan situasi yang lebih buruk.

TERIMA KASIH DI ATAS SENSITIVITI WARGA LANGKAWI YANG SANGAT PERIHATIN DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA DAN MASIH MEMBERI SOKONGAN HORMAT YANG HANGAT.

Kepada pelanggan YCSB yg sangat dihormati,
Jutaan terima kasih atas sokongan yg diberi.

Bagi anda yang telah menempah Honda Jaz CKD dan menerima SURAT RASMI PERMOHONAN MAAF DAN PENJELASAN tentang isu ini dari HONDA MALAYSIA, sila bawa resit original pembayaran anda ke Yooi Cars Sdn Bhd untuk urusan pengembalian bayaran mengikut prosidur sewajarnya yang telah ditetapkan.

Harap maklum. Kesulitan yg berlaku amat dikesali. Terima kasih.



Oleh : YB Pulaupaku

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penjelasan yg sangat tak masuk akal, alasan tersalah kira cukai.. Langkawi ada cukai ka? kalau betul salah kira, kenapa hanya satu model saja yang salah? model lain semua ok saja.. nak kata baru berniaga, dah berkurun sudah, mcm mana tu??? sampai kehari ini pihak yg bertanggungjawab masih belum memberikan penjelasan yang sewajarnya. Kalau betul syarikat yang bertanggungjawab mesti kena bagi juga la dengan harga mula2 tu.. kalau 500 booking, syarikat bOleh mulfis ka? Tersangat kecewa dengan janji2 manis juru jual yg kata sapa sempat booking dapat harga mula2 tu.. hanya yg booking selepas tu saja harga baru, mesti mau ingat punya janji2 tu sampai bila2

Tanpa Nama berkata...

Kesian customers yg dah pasang angan2. Pengalaman 20 tahun dlm bidang jualan kereta tak pernah sekali pun berlaku kesilapan harga. Jgn lah anggap org Langkawi dungu dlm bab pembelian kereta.

Tanpa Nama berkata...

boycot honda..x fikir org lain...yg dah ckap2 yg dh mimpi pon ada..x per aku jji honda di lgkwi skit lg bgrup sbb mnyusahkn org..klau x bgtew awal2 x pe la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...