04 September 2013

INI PUNCA MINYAK NAIK HARGA....DAN AKAN NAIK LAGI....

Pengurangan subsidi bahan api oleh Malaysia itu adalah yang pertama dan kecil sebelum kemungkinan pelaksanaan langkah tambahan



Fitch dijangka naik penarafan Malaysia

Pengurangan subsidi petrol, diesel tingkat kemampanan fiskal

Kuala Lumpur: Fitch Ratings berkata, langkah Malaysia untuk meningkatkan kemampanan fiskal dan kestabilan makroekonomi jangka panjang boleh menyaksikan perubahan pada penarafannya kepada stabil.

Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel kelmarin, agensi penarafan antarabangsa itu berkata, langkah berkenaan adalah sejajar dengan unjuran fiskalnya dan adalah kredit neutral dalam tempoh terdekat.

Langkah tepat


“Langkah yang diambil Malaysia untuk mengurangkan subsidi fiskal dan mengehadkan pelaburan yang mengandungi kandungan import yang tinggi adalah satu pernyataan kukuh terhadap hasrat kerajaan negara ini untuk membendung tekanan kepada profil kredit negara daripada menjejaskan kewangan awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fitch Ratings menegaskan, pengurangan subsidi bahan api oleh Malaysia itu adalah yang pertama dan kecil sebelum kemungkinan pelaksanaan langkah tambahan untuk meningkatkan kedudukan kewangan awamnya.

Katanya, masa pengumuman oleh Malaysia itu adalah bertepatan bagi bertindak balas terhadap meningkatnya keadaan turun naik pasaran global disebabkan oleh langkah pengurangan rangsangan ekonomi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan penelitian pelabur terhadap kelemahan di pasaran sedang berkembang pesat.

“Pelaksanaan pembaharuan berterusan, jika disertai langkah struktur untuk meluaskan asas pendapatan boleh memberikan perubahan kepada profil kredit negara ini,” kata agensi penarafan itu. 


Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah menaikkan harga petrol dan diesel adalah proses mengukuhkan ekonomi dalam jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Ambil iktibar

Beliau berkata, jika ekonomi negara terjejas, ia akan membawa kesan buruk kepada rakyat, seperti keadaan di beberapa negara asing yang terjejas teruk apabila mereka gagal menguruskan ekonomi mereka dengan betul.

Najib yang juga Menteri Kewangan, menegaskan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pengukuhan fiskal akan diteruskan untuk mencapai sasaran defisit fiskal kira-kira tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan belanjawan seimbang menjelang 2020.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...