20 Ogos 2013

PANAS ! UNTUK KEBAIKAN KUIN, MUHKRIZ PATUT DEDAH APA KELEMAHAN KERAJAAN PR?


Kuin: Tindakan pembangkang hanya akan aibkan PAS Kedah - Mukhriz



ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta pemimpin pakatan pembangkang supaya tidak mengungkit mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Muhriz berkata, ini kerana beliau tidak mahu mengaibkan pemimpin kerajaan PAS Kedah semasa mentadbir negeri itu sebelum ini.

Katanya, hal ini kerana beliau mempunyai banyak bukti menunjukkan pemimpin PAS melakukan pelbagai masalah hingga menjejaskan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

"Saya ingat dia (pembangkang) tak payahlah ungkit perkara ini sebab kita tak mahu mendedahkan sangat banyak masalah yang mereka lakukan sewaktu Kedah di bawah pentadbiran mereka dahulu.

"Saya bersikap berhemah dalam pentadbiran dan tak mahu buat witch hunting, itu bukan cara kita, jadi eloklah pembangkang ini jangan bangkit sangat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau melancarkan majalah Invest Kedah dan logo baharu kerajaan negeri dengan slogan Ke Arah Transformasi Kedah: Bersama Memacu Transformasi.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuduh kerajaan Kedah di bawah Barisan Nasional (BN) lemah kerana gagal menyelesaikan isu Kuin.

Mahfuz membawa minit mesyuarat bagi membuktikan Insaniah Holding adalah berada di bawah pentadbiran Kuin dan sebab itu mahu kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap Insaniah Holding.

 Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal menerima rektor baru yang lebih berpengalaman, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi seorang rektor.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata satu temuduga telah berlangsung baru-baru ini melibatkan tujuh orang calon yang dikendalikan tokoh-tokoh akademik ternama yang dilantik dalam satu jawatankuasa khas.

"Jawatankuasa khas ini terdiri daripada tokoh-tokoh akademik termasuk exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain) dan Datuk Azimi Daim (Setiausaha Politik) yang mewakili Pejabat Menteri Besar.

"Yang lain ialah tokoh-tokoh akademik yang dicadangkan Kementerian Pendidikan. Dalam masa terdekat akan dapat rektor baru yang sangat berkaliber sebab semua calon-calonnya adalah hebat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Perjumpaan diadakan sempena 100 Hari pentadbiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...