19 Ogos 2013

5 Penjenayah Mati Ditembak Dalam OPS Cantas

Penjenayah ditembak mati terbabit jenayah senjata api

GEORGETOWN 19 Ogos - Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

"Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

"Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang(IPK)


Selepas PDRM dikritik kerana peningkatan Jenayah tembak dan bunuh Polis bertindak melancarkan ops cantas yang mana sebelum ini hanya menyalahkan penarikan Ordinan Darurat

Kenyataan Musa Hassan semalam: PDRM perlu tingkat risikan untuk kekang jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan tindakan risikan untuk mengekang kes jenayah jalanan terutama membabitkan senjata api yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (gambar).

Katanya semua jabatan dan peringkat dalam PDRM perlu mengukuhkan tenaga untuk meningkatkan risikan terutama di kawasan yang disyaki menjalankan kegiatan haram selain tegas dalam sebarang tindakan.

Beliau berkata keselamatan negara ketika ini agak mencabar kerana hampir setiap hari terdapat kes pembunuhan menggunakan senjata api dilaporkan dan jika tidak diatasi, boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

"Orang awam sekarang berasa tak selamat sebab hari-hari dengar berita orang kena tembak… kena bunuh, jadi ini akan jadi satu dilema kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Musa berkata jenayah jalanan meningkat kebelakangan ini perlu dibendung segera bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap kemampuan pihak berkuasa menjaga keamanan negara.

Polis isytihar "perang".


Ops Cantas buru bekas banduan Ordinan Darurat yang terbabit semula jenayah seluruh negara.


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang terhadap individu atau suspek jenayah dengan menggerakkan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin.

Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.


*P/s : Harap-harap semua penjenayah dapat dicari hingga ke lubang cacing.Jangan biar mereka bebas


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WELL DONE POLICE!!!!Tahniah PDRM! Yg ini saya sangat setuju!! Saya harap banyak lagi operasi sebegini dilakukan! Suggestion: 1. Positively identified the targets and confirm they are criminals. 2. Track them ie where they normally gather or their activities. 3. Shoot to kill and ask questions later. Tak payah tangkap...nanti susah nak bicara...tembak saja sampai mati!!! Sekali lagi tahniah PDRM!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat PDRM..Kami rakyat malaysia sanjung tinggi segala usaha n pengorbanan pihak polis. Moga negaraku aman tanpa penjenayah yang menyusahkan semua pihak. Mohon masyarakat awam menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM ke arah kebaikan bersama.

Tanpa Nama berkata...

Dah hapuskan 5 penjenayah pun masih ada lagi pihak yg tak puas hati..pelik btl..hari tu nak sgt mansuh mcm2 akta..bla banyak gengster2 yg trpaksa dilepaskan banyak terlibat kes tembak pastu kata polis x tegas..bla ada akta baru dibuat dan polis dah bertambah tegas kata salah polis sbb balas tembakan pnjenayah2 tu..bodoh punya org..xkan nak tunggu polis mati baru nak mempertahankan diri..defend la sgt penjenayah2 tu..nampak sgt ada kpentingan politik..pe2 pun tahniah kpd pdrm dan masyarakat yg banyak membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...