18 Ogos 2013

Panas ! Saham Mas Tinggal 3 Kupang, Ini Bukti BN Gagal Mengurus GLC


Dari zaman Tun M memerintah berapa puluh RM bilion telah digunakan untuk menyelamatkan Mas. Padahal pada zaman beliau Mas telah diswastakan kepada Tajuddin Ramli tetapi masih gagal sehingga Kerajaan terpaksa hapus kira hutang Tajuddin daripada Khazanah.

Maknanya tun M hanya pandai bercakap tetapi gagal kerana pemilikan oleh kroni-kroni yang tidak layak menguruskan GLC dengan cekap dan telus.


Hari ini bila MAS rugi memanjang, idea pengswastaan tun M hanya merapu dan mengarut. Adakah beliau kini sudah lupa atau nyanyuk......seperti kata-kata pedas beliau Melayu Mudah Lupa....


MAS perlu diswastakan, kata Dr Mahathir




Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) perlu diswastakan kerana berdepan dengan kerugian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

Bekas Perdana Menteri itu berkata selagi MAS dikendalikan oleh kerajaan ianya tidak akan menjana keuntungan kerana wujud kebergantungan.

"MAS sudah lama beroperasi, macam-macam percubaan dilakukan supaya mendapat keuntungan.

"Kadang-kadang kita dapati syarikat miliki kerajaan ia tidak mempunyai keupayaan, apa yang terjadi kerajaan akan tanggung... Oleh sebab itu saya percaya kepada penswastaan," kata Dr Mahathir semasa sidang media di rumah terbukanya di Mines Resort City hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan pihak yang akan diberikan untuk menjalankan penswastaan tersebut mestilah boleh dipercayai kemampuannya.

"Kenapa siapa ia akan dijual? Ia bergantung kepada siapa yang membuat tawaran lebih baik," terangnya lagi.

Menurut Dr Mahathir lagi, penswastaan akan menyebabkan pemilik sesebuah syarikat akan lebih peka kepada untung rugi dan bukan semata-mata hanya mewujudkan pekerjaan.

"Sepanjang pengalaman saya di Proton selepas ia diswastakan, pemilik baru sangat peka kepada untung rugi jadi mereka merombak keseluruhan pentadbiran baru untuk membuat untung kerana wang mereka menjadi pertaruhan.

"Saya juga menguruskan syarikat kerajaan sebelum ini, mereka hanya mahu mewujudkan pekerjaan maka kurang memberi perhatian kepada urus tadbir yang baik," kata beliau lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga bekas Pengarah Urusan MAS Datuk Seri Idris Jala berkata Putrajaya harus mempertimbangkan untuk menjual syarikat penerbangan negara tersebut tetapi bukan pada harga yang merugikan.

Beliau berkata, MAS telah didagangkan pada RM6 ketika beliau menerajui tetapi kini harga sahamnya telah jatuh kepada 30 sen.

Pengurus aset negara Khazanah Nasional Bhd adalah pemilik majoriti MAS, yang telah mencatatkan kerugian untuk enam suku tahunan berturut-turut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As slm... idea fremasson..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...