22 Ogos 2013

Kemalangan Di Genting Highland Kemalangan Terburuk Bas Dalam Sejarah - VIDEO

37 MAUT, 16 CEDERA


PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam.

Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas

Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara


Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.







Laporan Sinar Harian

Keadaan fizikal bas uzur, kata mangsa #SHSemasa

KUALA LUMPUR - Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu, beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu, beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.


Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam ini.

Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.


Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja.

Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.


Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini.



Bas maut disenarai hitam oleh JPJ

SHAH ALAM: Bas yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan 37 penumpang dan pemandu di Genting Highlands semalam telah disenarai hitam oleh pihak berkuasa kerana tidak memeunhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan.

Bas itu dikatakan milik Genting Highlands Transport Berhad yang beroperasi daripada Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Jurucakap syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan kenapa bas itu masih digunakan sungguhpun diambil tindakan oleh JPJ.  Kenderaan itu disenaraihitam oleh JPJ namun adalah tidak jelas bila atau kenapa tindakan itu diambil.

Menteri Pengangkutan Hishamuddin Tun Hussein berjanji untuk menyiasat punca tragedi sehingga ke lubang cacing.



Kedahkini

2 ulasan:

ShahTaiping berkata...

tempat maksiat seharusnya org2 islam tidak kesana lagi ..amaran dari ALlah SWT ..Baikot Genting H/land seluruh Malaysia ..Pihak Genting harus bertanggungjawab

Melayu Bukan Islam berkata...

Im so sad by this tragedy..
Al-fatihah untuk yang muslim..Rest in peace for non muslim..

Melayu tidak berjudi di Genting. Melayu paling ramai judi di kedai komputer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...