Sebagaimana yang dijangka banyak pihak... Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.
Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
altantuya trial 160707 azilah, Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalah arahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.
Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.
Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.
Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.
Pendakwa akan merayu
Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.
Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.
Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini ~ Malaysiakini
Berita pada Khamis April 9, 2009
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibu. Foto THE STAR
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37.
Katanya pembelaan keduadua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain, dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai."Mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dapati konklusif.
"Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu, Azilah dan Sirul Azhar," kata Mohd Zaki. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam Mukim Bukit Raja dekat sini antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Pengarah eksekutif Malaysian Strategic Research Centre, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan mereka, telah dilepaskan dan dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan ada kes prima kes terhadapnya.
Dalam penghakimannya hari ini, Mohd Zaki berkata pembelaan Azilah bergantung kepada keterangan yang dia tidak berada di tempat kejadian semasa jenayah itu dilakukan dan dia juga tidak membuat kenyataan berhubung tempat kejadian yang diterima oleh mahkamah.
"Dia mendakwa berada di Wangsa Maju dan dia bukannya orang terakhir berada bersama Altantuya kerana dia menyerahkan Altantuya pada malam itu kepada tertuduh kedua (Sirul Azhar) untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya," katanya.
Mengenai Sirul Azhar, Hakim Mohd Zaki berkata pembelaan tertuduh kedua itu bergantung kepada keterangan bahawa dia adalah "kambing korban", dia tidak membuat kenyataan berhubung barangan peribadi milik Altantuya, dia tidak berada di tempat kejadian sebaliknya berada di Sri Hartamas dan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan Altantuya tidak diserahkan kepadanya oleh Azilah untuk dibawa ke Hotel Malaya.
Pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid manakala peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar mewakili Azilah dan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican serta Ahmad Zaidi Zainal mewakili Sirul Azhar.
Ketika hukuman dijatuhkan, Azilah dan Sirul Azhar kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang emosi
. Di luar mahkamah, tunang Azilah, Nur Azila Baharuddin berkata keluarga Azilah di Sarawak telah diberitahu mengenai keputusan mahkamah itu dan mereka amat sedih kerana mengharapkan dia akan dibebaskan.
Nur Azila berkata beliau tetap berharap Azilah akan dibebaskan apabila rayuan terhadap keputusan hari ini dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutan.
Ditanya mengenai rancangan masa depan mereka berdua, Nur Azilah berkata:
"Tak ada rancangan lagi tapi memanglah nak kahwin sebab dah lama tunggu, kita berkenalan sejak 2004 dan bertunang pada 2006."
Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman AlHabshi yang turut ditemui pemberita, berkata beliau telah menghubungi bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, untuk memaklumkan mengenai keputusan itu pada pukul 9.30 pagi tadi.
Beliau berkata Shaariibuu, berasa lega dan berpuas hati dengan keputusan hari ini serta ingin mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihak pembelaan.
Ditanya mengapa Shaariibuu tidak hadir, Abdul Rahman menjelaskan beliau (Shaariibuu) terkeliru dengan laporan media antarabangsa bahawa keputusan hari ini ditangguhkan ke tarikh lain, selain keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.
Timbalan Pendakwa Raya Tun Majid Tun Hamzah pula berkata kes itu belum berakhir kerana ia boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
"Melainkan keputusan hari ini dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan nanti, barulah boleh dikatakan kes ini telah selesai," katanya ~ mStar
CUBA LIHAT KES DIBAWAH UNTUK ZIARAH RAKYAT MARHAEN PUN KENA CAJ KES JENAYAH?
Fakta Kes Saman Malu Mazlan Aliman keatas Ins Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia:-
1. Datang ke Felda Lembah Klau pada 9 mac 2010 atas tujuan ziarah peneroka Felda yg sakit kerana dilokap beberapa hari kerana dakwaan mencuri buah kelapa sawit di kebunnya sendiri,
2. Bersembang santai di beranda rumah Hj Hamidun Yeop Isa, peneroka Lembah Klau bersama sekitar 15-20 orang peneroka dan gen 2 felda antara pukul 3.30-4.30 ptg. Duduk bersila dan berbual tanpa pembesar suara.
3. Diserbu dan dikepong oleh 30 orang anggota Polis Bantuan Felda yg membawa senjatapi.
4. Ins Azran sebagai Pegawai Penyiasat dari IPD Raub mendakwa menahan saya di hadapan Bangunan Indrapura, Jln Teras Raub jam 11.15 mlm bersama 9 anggota JSJ IPD Raub pada 9 mac 2010 seolah2 saya penjenayah besar yg sangat berbahaya,
5. Ins Azran membuat dakwaan palsu kerana saya sebenarnya ditangkap di Tkt 1 IPD Raub pada tarikh dan masa tersebut oleh beliau sahaja. Ada beberapa saksi bersama dengan saya termasuk lawyer Haris Abdullah.
6. Ins Azran memalsukan maklumat penahanan adalah bertujuan untuk mendapatkan perintah reman dari Puan Majistret Mahkamah Majistret Raub; alasannya untuk siasatan lanjut.
7. Ins Azran mohon reman 4 hari, tapi dibenarkan sehari sahaja oleh Pn Majistret setelah dibantah oleh Lawyer Haris Abdullah.
8. Sepanjang saya direman dan dilokap, tiadapun sebarang siasatan lanjut dibuat, hingga saya dibebaskan.
9. Saya didakwa di bawah seksyen 447 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pencerobohan jenayah(criminal trespass) walhal tiada harta dan kegiatan jenayah yg saya lakukan. Dialog yg disusun pun dibatalkan kerana tiada beroleh permit. Saya hanya ziarah sahaja.
Adakah ziarah suatu jenayah?
10. Sepatutnya seksyen 441 digunakan untuk menahan saya. Ia lebih munasabah. Penggunaan akta pun salah. Diminta baca kedua dua seksyen dalam mahkamah pun tergagap gagap.
11. Penahanan saya adalah tidak sah dan salah. Defendan memalsukan maklumat, bagi membolehkan perintah reman dikeluarkan keatas saya. Saya memohon gantirugi2 berkaitan.
12. Hakim Dato' Akhtar Tahir akan membuat keputusan atas kes ini pada 23 oktober akan datang di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan