22 Ogos 2013

HANGAT ! PASAI APA ORANG KUAT UMNO & BEKAS PEGAWAI KERAJAAN TIBAI MUKRIZ.....


Gambar : Pelajar KUIN yang terpaksa belajar di luar kelas akibat kelas yang tidak cukup utk menampung pelajar 

Inilah situasi atau 'mangsa' orang yang buta melihat keuntungan jika memartabatkan Pendidikan dan Keilmuan..


Kelmarin 21 ogos 2013 di mergong . Pelajar pengajian islam yang ramai di urus oleh pentadbiran duduk di bilik kuliah yang kecil dan sempit, sehingga ada sebilangan dari mereka yang terpaksa belajar dan menyalin nota melalui tingkap kelas.

Gambar: Kelas Kuala Ketil...
We miss it...
:(
Ini bilik Kuliah di Kampus Kuala Ketil



KUIN - Bila UMNO BN berkata tidak serupa yang di dalam hati...


Saya harus akui bahawa saya antara penyokong dan pelaksana dasar kerajaan. Saya menyokong projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Saya terlibat secara langsung dengan pembangunan prasarana diluar Bandar. Saya pegawai kerajaan (bekas), saya lakukan sebaik mungkin kerana saya percaya ia untuk kebaikan rakyat. Saya tidak menjadi ahli UMNO kerana pegawai kerajaan tidak dibenarkan aktif politik.

Tetapi sebab sebenar ialah saya dilarang menyertai UMNO oleh ahlinya sendiri. Alasannya kerana saya ada 2 ijazah universiti. Dua puluh tahun dalam kerajaan, saya banyak mengalami pertembungan nilai antara kepentingan rakyat dengan kepentingan orang politik. tetapi saya bersabar juga kerana saya diamanahkan begitu. Lagipun saya percaya tiada siapa bersih dari kelemahan.

Saya pernah berurusan dengan projek bernilai ratus juta. Orang yang diberi kontrak tidak ada pengalaman sedikit pun. Akhirnya pembangunan terbengkalai . Ada projek yang dibuat tidak dengan kajian terperinci. Bahkan ada projek yang dibuat walau pun dibantah oleh pakar-pakar . Jika anda ke Langkawi, dipintu kuala Sungai Kedah, anda boleh lihat Kota Kuala Kedah .

Kota itu mirip kepada kota di Eropah dizaman raja raja mereka. Anda tentu tahu kota itu tidak pernah digunakan kerana tidak selamat. Pergilah ke muzium padi di gunung Keriang, ada kolam renang bersaiz olimpik. Ada siapa yang gunakan kolam itu sekarang? Itu hanya contoh yang kita terpaksa melihatnya. Sakit hati mengenangnya.

Bila Mukhriz menjadi menteri besar, dia berulang kali sebut bahawa ; “ kita akan jadikan negeri Kedah pusat keilmuan diperingkat antara bangsa”. Idea ini sungguh luhur dan mulia. Siapa pun tidak boleh menyanggahnya. Bila dilihat pada pelaksanaannya, kata-kata itu cuma hiasan untuk menghibur hati orang ramai. Bahkan bercanggah .

Idea menghasilkan INSANIAH sangat murni. Sampai ketangan orang yang melaksanakannya dipalit dengan berbagai kepentingan lain. Berapa Menteri Besar yang dilalui oleh INSANIAH sebelum berjaya menjadi kenyataan. Empat MB dari UMNO gagal membina suatu idea yang dicetuskan oleh orang UMNO sendiri. Tiba-tiba seorang MB dari Pas yang memegang kuasa selama 5 tahun membangunkan Kampus KUIN di Kuala Ketil. Apa lagi kesimpulan yang dapat dibuat mengenai UMNO?. Kalau buah, buruknya sudah sampai kepulur. Tidak boleh diselamatkan lagi.

Apa faktor yang menjadikan Ust Azizan Berjaya membina Kampus K.Ketil dalam 5 tahun sedangkan 4 MB dari UMNO gagal melaksanakanya dalam 20 tahun ialah kerana dia memang jelas dan iltizam untuk menjadikan KUIN sebuah university yang hebat. Masalah kewangan, politik, birokrasi tidak menjadi halangan kepada beliau. Sedangkan 4 MB UMNO dengan sokongan KCS dan Kerajaan Persekutuan gagal, maka apalagi yang hendak kita katakan mengenai UMNO.

Katakan kita selesai solat jenazah jiran kita yang meninggal. Kebiasaannya imam akan bertanya, “apa yang kita katakan mengenai orang ini?”. Ikhlaskah hati waktu kita katakan “baik” kerana kita tahu baru semalam jiran ini mencuri seluar kita yang dijemur diampaian?

Sebuah institusi pendidikan seperti KUIN sepatutnya berada diatas kemelut politik. Berapa parti yang memerintah pun, institusi ini perlu berjalan terus, tanpa diganggu oleh pemegang kuasa . Pihak mentadbir profesional tidak akan membiarkan diri mereka menjadi alat kepada orang politik yang datang dan pergi. Pentadbir kekal melaksanakan keputusan pemerintah. Bila pentadbir sudah bermain politik, keadaan jadi kacau.

Inilah penyakit yang menimpa KUIN. Pentadbir sudah hilang sifat professional mereka. Hingga kadang kala kelihatan seperti lebih sudu dari bubur. Orang yang diharapkan berusaha keras menjadikan KUIN berkembang dan masyhur terang terang menjadi ejen memburukkan KUIN. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh politikus. Opportunis memang sifat semula jadi politikus, itu syarat kejayaan mereka. Tetapi bila sifat ini diamalkan oleh pentadbir, kelihatan amat jelik.

Projek-projek yang berakhir sebagai gajah putih sepatutnya tidak ujud kalau pentadbir lebih professional. Projek Marina Kuala Kedah tidak boleh digunakan bukan kerana masalah luar jangka. Sejak ada negeri Kedah ini, air pasang surut di muara tidak pernah berubah sifatnya. Jadi bila marina itu kering berlumpur bila air surut, sudah sepatutnya. Begitu juga dengan kolam renang di Gunung Keriang.

Politikus dalam masa yang singkat ingin meninggalkan legenda sendiri. Nafsu ini tiada had. Kerana menurut nafsulah perpustakaan dibina dalam hutan diceruk negeri. Marina yang tak boleh dimasuki bot, jejantas ditengah hutan. Tetapi pentadbir tidak boleh lepas tangan. Siapa penasihat kepada projek-projek ini? Siapa yang buat kejian kemungkinan ? Teknokrat dan pentadbir mesti jujur menyatakan yang sebanarnya. Mesti professional.

Tun M pernah menulis, “ahli UMNO akan bertepok tangan bila pemimpinnya bersin”. Saya tidak ada sindiran yang lebih tajam dari ini dalam kamus saya. Bila pemimpin dikelilingi “yes-YB”, jangan hairan bila suatu hari dia akan percaya dia mencapai “maksom”. Bila sampai keperingkat ini, tentunya dia berhenti mendengar nasihat sesiapa juga.

Pernah dengar MB hadiahkan penyapu kepada ketua jabatan?, didepan penonton, disiarkan dalam tv! Kalau ini berlaku kepada individu, mungkin boleh ditarik jatuh (sudah jatuh pun). Kalau berlaku kepada organisasi seperti UMNO, bagaimana?

Cukuplah. Bila BN menang PRU13, saya sangka dengan setulus hati KUIN akan lebih cemerlang. Kerajaan BN mempunyai cukup sumber kewangan dan jentera pelaksana. Mesjid dan asrama akan dibina dengan lebih cepat dari biasa. Pengambilan pelajar akan meningkat. Kursus yang ditawar akan bertambah. Pengajar berkualiti akan dibawa masuk hatta dari luar negara sekalipun. KUIN akan gah standing dengan Al-Azhar bahkan akan mengatasi Al-Azhar.

Apa yang saya lihat berlaku, menhakis semua kepercayaan saya kepada UMNO. Semua itu ranap dalam sekelip mata. Allah, ampunkan dosa saya kerana memberi kepercayaan kepada manusia yang tidak boleh dipercayai. Ampunkan saya kerana saya lupa amaran Mu, “ wahai orang beriman, mengapa kamu katakana apa yang tidak kamu laksanakan. besarlah kemurkaan Allah kepada orang yang berkata apa yang tidak mereka laksanakan”.(61:2-3).

Ya Allah bimbinglah lidah ku untuk berkata apa yang aku boleh laksanakan. Ya Allah, jauhilah aku dari orang-orang yang berkata lain dari apa yang mereka hasratkan.

oleh : kuin umno ~ Double H


Dibawah ini ada print screen...Orang Kuat Umno Kuala Ketil , Zuraidi Rahim, tak silap  Pengerusi GAGASAN Negeri Kedah sudah mula menibai cara politik pentadbiran kerajaan Mukriz....... 




Kedahkini

11 ulasan:

XUMNO berkata...

Kenapalah nak marah pada Mukhriz dan Umno sekarang? Kan pegawai2 kerajaan negeri dan gulongan professional Kedah juga yang berkempen nak jatuhkan kerajaan Pas dalam Pru13 lalu? Sekarang terima sajalah. Apa yang ditanam itulah hasil yang diperolehi. Selamat maju jaya negeri Kedah!

Malaysiabaru berkata...

Slm

Jom register parti a.b.u

Keahlian untuk bekas ahli umno sahajs.

Ganti paz dan umnoalyahudi

Bila lagi nk kuburkan dua parti hipokrit melayu ni

Tanpa Nama berkata...

selamat maju jaya...Kedah Sejahtera dibawah UMNO... hahaha....

air gunung berkata...

Dah khatam pencak silat politik ker,bagussss ade keberanian n impian serta halatuju.politik ne biasanya bisa wat semua tuh mcm bublegum.kecuali ada pendirian yg teguh.

kl-car-rental berkata...

kesian kat kedah..tak pasal2 terima ujian macam ni..moga2 allah merahmati dan melindungi kedah dari pemerintah yang zalim..

5sal berkata...

Pada pandangan aku,aku x salahkan kera jaan amno kedah.Tapi aku salahkan rakyat yang memilih,hinggakan ada staff dalam kuin tu sendiri yang khianati kuin tu sendiri.Sekarang baru hangpa tau mana kaca mana intan.Aku cukup seronok duk dengaq staff kuin 2,3 bulan x dapat gaji.Masa kera jaan pakatan memerintah hangpa kalu bulih nak heret kera jaan pakatan ikut cara hangpa.Hangpa sanggup wat demo,ha la nie pasai hangpa x wat demo kat kera jaan ubn,hangpa x berani lak.Staff yang jantan x dak teloq ka,yang betina hat dah masuk dalam.Baru la nie hangpa rasa,padan muka hangpa.Jadi LEMBU sampai mati.Sakit ati aku.Da ahli Pas yang BAIK n da ahli Pas yang JAHAT.Wassalam!

Tanpa Nama berkata...

bodo toi la macai2 PAS ni, buat KUIN mcm haram, dah kalah, bila pentadbiran baru nk bersihkan taik2 yg PAS dh buat hgpa condemn, bingai betoi la puak2 PAS ni.. tyme geng PAS bolot dwet insaniah pndai plak diam

Tanpa Nama berkata...

Malaysiabaru lagi teruk dari umporno dah sememengnya muka jemelayu dalaman hati yahudi

Tanpa Nama berkata...

Org umno mcm hang la tak otak allah jadikanmanusia utk pikiag kebaikan dunia dan akhirat elok la dok dlm golongan bodoh piang

Tanpa Nama berkata...

Sila kaji balik sistem pentadbiran KUIN sblm ni..mana p duit kuin selama ni..bayaq kat ihsb ka..ni adalah mewariskan masalah kpd kerajaan baru.yg dok cari pasai semua adalah yg sblm ni..ihsb bagai.hampeh semua tu..apa pn tadak..yg mslh hutang tu bkn br jd,dlm kerajaan pas sblm ni pn jd dh..jgn nk tuding jari kat umno skrg..ni mslh lama kpd kerajaan umno skrg..

Tanpa Nama berkata...

tak payah dok cakap sapa betoi dan sapa tak betoi.isu ni jadi sebelum umno ambik alih lg..so pikiaq la guna otak.depa baru ambik berapa bulan ja hangpa dok kalut suroh settle semua hat org lama buat.dan la sattt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...