30 Ogos 2013

HOT ! 99% PASAR BORONG NILAI 3 DIKUASAI BANGLASIA ....APA BANGLA MAU LAGI....


K’jaan NS gagal bela peniaga Bumiputera di Nilai 3

Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.


SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), hari ini berang dan mendakwa Kerajaan Negeri Sembilan gagal membela nasib peniaga Bumiputera yang ingin berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal membuka peluang kepada peniaga Bumiputera untuk berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

“Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.

“Saya mendapat aduan dan saya difahamkan ada yang tidak mempunyai permit. Saya juga tahu peniaga warga asing ini dilindungi oleh seorang yang berpengaruh yang berpangkat Datuk.

“Ramai peniaga Bumiputera yang membuat aduan pada saya, apabila mereka cuba berniaga di Nilai 3, mereka diugut oleh samseng yang dikatakan diupah oleh Datuk tersebut.

“Saya pelik kenapa kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Jabatan Imigresen gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di Nilai 3.

“Apakah wujud unsur rasuah?


Warga asing


“Jika peniaga tempatan buat silap sikit, mereka dikenakan kompaun dan ada kalanya gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Tetapi peniaga warga asing diberi layanan istimewa.


“Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?, tanya Mohd Ridzuan.

Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan.

“KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran.

“Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh.

“Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini.

“Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor.

“Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?, soal Mohd Ridzuan lagi. ~ fmt

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perkara ni mmg dh lama berlaku...salah org kita juga suka tngok dan buat tk tau,ni dh mmg metaliti org malaysia trlalu mudah mngadai ekonomi pada org asing...warga asing kaya raya rakyat malaysia papa kedana....saya sokong sepenuh kata en ridzuan mmg pasti ada unsur rasuah takan pihak berkuasa tak tau langsung keadaan kat nilai 3 tu...lain la warga asing ni meniaga kat celah celah pokok,celah2 bangunan ni terang2 depan mata tak logik langsung tak masuk akal takan tkde lansung pegawai2 berkuasa ni bawa anak bini shoping kat nilai 3 tu takan dorg tknampak apa yg berlaku kat sana atau pn dorg ni buat2 tak nampak atau dorg ni buta..percayala 10tahun akan datang kita2 ni semua akan merempat kat negara sendiri warga asing kayaraya memunggah hasil mahsul dlm negara bawa balik...bangun la wahai rakyat malaysia semua buka mata hati jgn memikir kita dh terlalu selesa fikirkn hak kita sbg rakyat malaysia kita susah bekerja siang mlm cari duit bayar hutang,byr hutang carpet kt pakistan...warga asing senang berniaga bukan kedai kecik tapi gudang besar dorg dpt apa istimewa dorg ni??kita apa dapat????cuma meniaga nasi lemak tepi jalanhari ni selamat esok lusa kena angkut dgn majlis begitu hina kita di tanah air sendiri...pada menteri,mereka2 yg bertanggungjawap pandangla kebawah sbb kerana rakyat kamu berkuasa jadi jalan kan amanah yg diberi kerana mati tu pasti....apapun mmg tak pelik pun kerana hanya yang pelik2 yg tk masuk akal jer sahaja yg berlaku kt malaysia....

Tanpa Nama berkata...

Tu belum lagi warga bangla meniaga buka bengkel welding buat mcm2 tempahan kerja2 besi pelik pelik mcmana dorg bole sewa kedai dan yg pasti mmg warga asing ni tkde lesen dorg ni bebas sebebasnye kita la bodoh nk buka stall berniaga kt pasarmlam pn keana turun naik majlis nk wat lesen...saya ada bukti kukuh yg bangla ni mmg mnjalankan perniagaan kerana saya salah seorang pelanggannyer

Tanpa Nama berkata...

Eh!Eh! Jangan kecewa...tak pa asalkan orang melayu kita memerintah dan bukannya Cina! Kita kan ada kerajaan yg CUKUP menjaga kepentingan melayu kan!kan!kan!?Mana ada rasuah..kerajaan UMNO kan telus dan bersih..jangan main tuduh-tuduh..UMNO memang pandai memerintah..kan!kan!kan!? Biar pi lah bangla nak cari rezeki..dia orang manusia juga..nanti UMNO bagilah sikit hasil keuntungan kutip cukai..kan!kan!kan!? PRU 14 nanti kita naikan UMNO lagi!!Jangan bagi PR memerintah...UMNO tha BEST! Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan!biarkan!

mansor berkata...

undilah lagi BN keparat tu....akhirnya Melayu jadi sakai...mana ada sejarah UMNO nak tolong Melayu......

Tanpa Nama berkata...

Nak salah siapa chow kit dulu siapa yg rajin geng kedah la siapa indon la pasar selayang bukit mertajam dan lain siapa kontrol ekonomi dia control poli budak melayu tau rrmpit tgk hari mrtdrka bukanya cari duit

Tanpa Nama berkata...

Senarionya mereka ni dipayungi olih 'tauke' tempatan bukan bumiputra. Mereka cuma makan upah atau komisen.

Tanpa Nama berkata...

nie nak bawa 1.5 juta lagi bangla?, walhal sebelum pilihanraya kata nak bawa keluar?, bila difikir, kirakan sahaja berapa kjaan boleh dapat cash dari 1.5 juta bangla? kos permit dan sebagainya x 1.5 juta, untung setahun rugi setiap bulan untuk membangun bangladesh, sorang bangla akan hantar kampung rm 500 ~ 1500 sebulan x 1.5 juta?, setahun? 5 tahun? hakikatnya berapa sangat yang bagla belanja disini?, kalau 1.5 juta kerja itu di isi oleh rakyat tempatan bukan boleh kena incomtax atau tunai...., seperti melambakkan kan sahaja warga asing...

saya dah tidak pergi pasar borong nilai....

air gunung berkata...

Rasuah la tu oiiiii.bumi ka ka,cetah kaa,itam ka,janji ade tukang ber n terima,x kira apa bangsa,yg pasti bangsa yg ramai jd pemerintah n pgwai k,jaan adalah melayu n berkad pengenalan org islam yg layak dikebumikan di pusata islam.

Tanpa Nama berkata...

Jgn pegi Nilai 3 lg.. cari la mana2 kedai lain kalau nak shopping. Bg bungkus terus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...