Gambar kiasan
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.
“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.
Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.
“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.
Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.
“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.
“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya.
Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.
“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,”
katanya.
Dalam Kes Lain Polis Berbalas tembak lebih 2 jam dengan Penjenayah:
Ipoh: Sekumpulan penjenayah bersenjata api berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis selepas enggan menyerah diri dan terus bersembunyi di dalam rumah hampir dua jam di Taman Syukur, di sini, malam kelmarin.
Penjenayah dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap dan pengedar dadah yang disyaki menembak mati seorang lelaki berusia 25 tahun dan mencederakan dua yang lain di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, 29 Julai lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, kira-kira 100 penduduk sekitar taman itu terkejut apabila menyaksikan adegan tembakan sebelum empat penjenayah berjaya ditangkap.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) menahan empat penjenayah yang dipercayai menjadikan rumah teres dua tingkat itu sebagai tempat persembunyian.
SEORANG daripada empat penjenayah dibawa polis menaiki kenderaan selepas kejadian tembakan di Taman Syukur, awal pagi semalam.
Menurutnya, beberapa das tembakan dilepaskan polis berikutan seorang suspek yang cuba melarikan diri memiliki pistol automatik dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
“Sebaik menyerbu rumah itu, polis berjaya menahan dua suspek di tingkat bawah rumah. Seorang lagi suspek cuba melarikan diri menerusi bumbung, tetapi terjatuh ke lantai rumah jiran.
“Sementara itu, seorang penjenayah yang mempunyai senjata api berjaya ditangkap di kawasan berhampiran,” katanya.
Beliau percaya suspek berusia 30-an itu terbabit dalam kes melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut dan dua cedera di Kampung Simee sebelum ini.
“Serbuan turut menemui beberapa paket dadah Eramin selain sepucuk pistol automatik model Baret serta kelongsong peluru 9mm. Kes ini dianggap kejayaan berikutan tiada kecederaan dialami suspek dan anggota polis,” katanya.
Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan rumah disewa suspek itu dijadikan markas memproses dadah untuk pasaran tempatan. Sementara itu, wartawan di lokasi kejadian mendapati suspek pertama dibawa keluar dan menaiki kenderaan polis pada jam 12.25 tengah malam semalam, diikuti tiga suspek lain.
Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 40-an, berkata, dia mulanya menyangka ada orang bermain mercun di luar rumah sebelum mendapati ramai anggota polis mengepung kediaman berkenaan.
“Saya tidak mengenali jiran yang mula menyewa rumah itu beberapa bulan lalu. Kejadian ini sungguh memeranjatkan kerana saya tidak menyangka berjiran dengan pembunuh serta penjenayah berbahaya.“Mujur polis berjaya menangkap mereka tanpa membabitkan pertumpahan darah,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Tang, 58, berkata, dia yang mencuci kereta terkejut melihat ramai anggota polis mengepung rumah suspek yang terletak 30 meter dari rumahnya.“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi tembakan sebelum segera masuk ke dalam rumah kerana ketakutan,” katanya.

4 ulasan:
Apalah polis ni...shoot to kill lah under self defence!! Jgn bagi peluang langsung...dah confirm dia orang ni penjenayah...tunggu apa lagi...tembak!!!!No such thing as warning shots...!!
adik amirul dulu tak serang polis, malah lari dari polis kena tembak sampai mati. yg ini siap serang dengan parang dan pedang samurai tapi tak tembak? mengarut!!!
Kalau dah tahu gengster2 tersebut nak bertempur sesama mereka, kenapa polis masuk campur? Biarkanlah mereka berbunuhan sesama sendiri, kan ini akan memudahkan kerja polis membenteras penjenayah/pembunuh. Lagi ramai penjenayah2 ini mampos bergaduh sesama sendiri lagi baik.
Gangster ini semua racun mesti dihapuskan
Catat Ulasan