27 Ogos 2013

HANGAT ! MUHKRIZ DICABAR DEDAH PENYELEWENGAN KERAJAAN PR....!!!


 MUKHRIZ TAK PERLU UGUT PAS

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Menteri Besar, Dato’ Mukhriz Mahathir cuba mengugut PAS Kedah apabila meminta tidak terus membangkitkan isu mengenai Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan alasan kononnya tidak mahu mengaibkan PAS Kedah.

Ujarnya, Mukhriz jangan mengharap PAS akan mendiamkan diri dalam membangkitkan perkara dan isu yang berkaitan Kuin dan lain-lain hal berkaitan kepentingan masyarakat dan rakyat di negeri Kedah.

“Saya nak bagi tahu Dato’ Mukhriz, dia jangan menutup kelemahan dan kebodohan dia dengan mengugut PAS. Kalau dia nak aibkan dalam ertikata dedah kononnya berlaku penyelewengan zaman PAS menerajui kerajaan, sila buat laporan.

“Dia boleh dedah, kata banyak berlaku penyelewengan, di mana penyelewengan itu? Perincikan butiran penyelewengan itu dan mereka yang terlibat? Berapa banyak yang diseleweng? Lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor polis. Supaya tindakan siasatan diambil. Kalau ada pertuduhan, boleh buat prosiding untuk pendakwaan, hadapkan ke mahkamah,” aju beliau.

Tegas Mahfuz, sekiranya benar dan terbukti, PAS tidak akan menutup sama sekali penyelewengan yang dilakukan mana-mana pihak terbabit semasa PAS menerajui kerajaan.

Ulasnya juga, keengganan Mukhriz melayan isu tersebut kerana Mukhriz akan mendedahkan kelemahan dan kebodohannya sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.

“Begitu juga perpindahan pelajar ke kampus lama, ini sesuatu yang tidak wajar setelah kita membelanjakan wang dengan begitu banyak, tetapi tidak dimanfaatkan. Sedangkan kita mengharapkan kampus di Kuala Ketil ke arah menaiktaraf Kuin menjadi universiti penuh,” ujarnya.

Tempelaknya, Mukhriz tidak sepatutnya mengungkit mengenai tanggungan hutang RM55 juta setahun kerana itu menjelaskan lagi kelemahannya.

Ujarnya, menerusi hubungan dan kerjasamanya dengan Kerajaan Pusat, Mukhriz sepatutnya boleh mendapatkan bantuan.

“Dia tak boleh kata tidak ada duit nak bayar hutang, kecuali dia kata Kerajaan Pusat pun sudah nak bankrap, tiada duit dan dia pun tak boleh dapat bantuan. Itu mungkin munasabah kalau dia nak lelong Kampus Kuala Ketil.

“Kita (PAS) yang tidak ada bantuan dari Kerajaan Pusat sewaktu menerajui kerajaan sebelum ini. Tetapi kita boleh bayar hutang blok baru Wisma Darul Aman (sebanyak) RM25 juta setahun dan habis selesai bayar hutang itu sepanjang 5 tahun kita memerintah. Ini hutang dibuat BN sebelum 2008.

“Dia (Mukhriz) hanya perlu tambah RM22 juta setahun lebih bagi nak bayar hutang pembinaan Kuin. Jadi kalau itupun tidak mampu, maknanya dia lemahlah. Kecualilah dia fikir hasil balak untuk kepentingan kroni, bukan nak bayar hutang pembangunan pendidikan dalam negeri,” bidasnya lagi.

Jelas Mahfuz, sekiranya Mukhriz tetap bertegas mahu menutup kampus itu, tetapi pematuhan ke atas perkara yang berkaitan kontrak kaki tangan mesti diselesaikan. Beliau menggesa agar isu khususnya membabitkan Insaniah Holding di mana gaji 268 kaki tangan tidak dibayar sejak Mei lalu segera diselesaikan.

Ujarnya, tindakan itu akan menimbulkan kesukaran kepada pegawai mengurus di masa akan datang untuk mengesahkan tindakan berikutan telah membelakangkan tatacara dan kontrak termeterai.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menambah, Kuin sepatutnya bergerak ke hadapan setelah ditingkat taraf menjadi universiti penuh dan bukan undur ke belakang.

Rancangan pembinaan kampus tetap itu terang Mahfuz, telah diputus sejak zaman Dato’ Seri DiRaja Syed Razak Syed Zain sebagai Menteri Besar.

Tegasnya, pendidikan bukan pembaziran seperti projek tanaman padi atas bumbung sebagaimana pernah dibuat mereka dahulu, tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat pula menyelamatkan kawasan itu menjadi Institut Latihan Belia Sejahtera (Ilbas).

Sebaliknya, kerajaan lalu meninggalkan kepada mereka kampus Kuala Ketil yang hampir lengkap.

Oleh itu Mahfuz berharap Mukhriz segera membetulkan kesilapan tersebut dengan kembalikan Kuin ke Kampus Kuala Ketil dan yakin semua pihak termasuk rakyat akan menerima tindakan itu.

Mukhriz juga diingatkannya agar mengormati Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong selaku Canselor yang telah merasmikan kampus ini dan tidak menggambarkan Baginda seolah-olah tidak tahu mengenainya.

Sementara itu, Ketua Pembangkan Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menegaskan bahawa tidak akan sedikit pun berganjak dari mendedahkan perkara berkenaan.

Malah, beliau mengalu-alukan Mukhriz mendedahkan penyelewengan yang didakwanya berlaku.

“Jangan dedah saja (di media), buat laporan SPRM, laporan polis jika berkaitan jenayah. Memang itu kita nak,” cabar Amiruddin. Katanya, jika Mukhriz yakin dengan perancangan itu, beliau sepatutnya terus berinteraksi dengan media dan orang ramai memberitahu tindakan yang mehu dibuatnya.

Hakikatnya ujar Amiruddin, Mukhriz berjaya robek pencapaian paling besar Pakatan Rakyat, sedangkan Kuin sudah cukup hampir ke status universiti penuh.

Beliau juga meluahkan kekecewaannya berikutan pengajian di Kuin Mergong berada dalam keadaan kelam kabut di mana walaupun sementer baru telah memasuki bulan kedua, tetapi masih ada kelas belum bermula kelas lantaran ketidaan ruang mengadakan kuliah.

Komen : Hangpa rakyat jangan cepat kagum sangat dengan Muhkirz dan berapa exco dari umno neh....depa baru 100 hari memerintah....dah nampak kebodohannya...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...