16 Julai 2013

HOT ! POLIS CARI POLIS TERLIBAT KES KEMATIAN DALAM LOKAP...PROFAIL SUSPEK DIDEDAH

Polis sedang mengesan seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes Kematian dalam lokap bersangkut Tun H.S. Lee report: 18468/13.




BERITA BERKAITAN :

Pegawai polis disyaki bunuh Dharmendran lari diburu



Akhirnya pecah cerita juga rupanya yg dirahsiakan adalah pegawai bebas tersebut telah melarikan diri. Rugi kerana semua beban kesalahan akan ditimpakan keatasnya jika terbukti kelak.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei
lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas.

“Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut kepada Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu Khalid turut mengulas mengenai cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam mengendalikan tahanan yang ditempatkan di lokap ekoran terdapat tiga insiden tahanan yang mati dalam tahanan polis baru-baru ini.

Khalid berkata cadangan penambahbaikan tersebut sedang dikaji pihak polis kerana ia melibatkan beberapa faktor yang perlu diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum ia dilaksanakan.

“Kita sedang menyediakan satu pelan yang komprehensif, kita perlukan masa untuk siapkan SOP berkenaan kerana kita perlu kaji dengan sedalam-dalamnya sebelum dilakukan. InsyaAllah sebelum akhir Jun ini kita akan melaksanakannya (SOP baharu),” katanya.

Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan tahanan polis mati di lokap termasuk yang terbaru pada 1 Jun lepas apabila seorang lelaki berusia 42 tahun ditemui mati di lokap Balai Polis Tampin, Negeri Sembilan. –
Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...