14 Julai 2013

Kes Kantoi ! Pencuri Lembu Muat 3 Ekor Dalam Sebuah Wira, Ini Kes Tiru Kak Jat Curi lembu Masuk kondo?



Curi Lembu, Masukkan Tiga Ekor Lembu Dalam Kereta

Pencuri lembu berjaya memasukkan tiga ekor lembu di dalam sebuah kereta Proton Wira tetapi perbuatan tiga orang pencuri ini berjaya dikesan oleh penduduk kampung.

Kes curi lembu di bahagian utara Malaysia memang tidak asing lagi dan waktu kemuncak pada bulan Ramadan ini dan menjelang Hari Raya nanti sudah pasti kes curi lembu semakin bertambah. 



BUKIT MERTAJAM: Selepas melemahkan tiga lembu menggunakan ubat pelali, tiga lelaki membawa masuk haiwan berkenaan ke dalam Proton Wira di Sungai Lembu di sini dalam kecurian yang dirancang.

Kesemua pencuri itu, yang berusia dalam lingkungan 20-an, menggunakan sumpit untuk menenangkan haiwan, yang diikat dalam sebuah ladang kelapa sawit, pada kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.

Seorang saksi, yang enggan dikenali, berkata dia melihat pencuri berusaha untuk meletakkan lembu yang tidak sedar dalam kereta yang tanpa mempunyai tempat duduk belakang.

Dia kemudiannya segera memaklumkan perkara itu kepada unit peronda sukarela di kawasan berkenaan.

Salah seekor daripada tiga lembu dimuatkan di bahagian belakang kereta yang tidak mempunyai tempat duduk.

Pada masa yang sama, salah satu daripada tiga lelaki dapat masuk ke dalam kereta dan memandu, manakala dua yang lain menaiki motosikal dan mengikut dari belakang.

“Sebaik sahaja mereka menghampiri ke jalan utama, unit peronda tiba dan cuba menghalang mereka.

“Pemandu itu bergegas keluar dari kereta dan menaiki salah satu motosikal dan melarikan diri,” katanya.

Penduduk kampung kemudian mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan lembu yang tidak sedar dari dalam kereta.

Jurucakap polis berkata, pemilik lembu tersebut telah membuat laporan, menambah bahawa tiga lelaki terbabit disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian lembu di kawasan itu. -mStar


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...