SINDIKET DADAH TERBESAR TUMPAS
Batu Pahat - Kegiatan licik sindiket dadah yang menjadikan rumah di kawasan perumahan elit sebagai makmal dan stor dadah untuk mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar, kelmarin.
Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Polis Johor, dalam satu serbuan, berjaya merampas 1.178 tan dadah bernilai RM31 juta selepas menyerbu sebuah premis di Taman Flora Height. Makmal itu adalah yang terbesar di negara ini.
Seramai enam suspek, terdiri empat lelaki dan dua wanita, termasuk seorang warga China, ditahan. Mereka berusia dari 24 hingga 52 tahun.
Keenam-enam suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan