18 Julai 2013

Hot : Berita Baik Untuk Rakyat Terutama Penyokong BN...Kali Ini Dari TNB

Mana ada benda yang turun kecuali hujan dan harga getah selagi BN memerintah, paling bangang mereka sanggup berbohong bagi mengujudkan perpepsi segalanya di Malaysia masih murah harga minyak, kadar letrik dan kerajaan bersedia menanggung subsidi......

Timbalan Menteri Kewangan Menteri UMNO Ahmad Maslan dengan megah dan bangga menyatakan harga minyak dan diesel di Malaysia ke 8 terendah didunia, dengank menipu dibulan yang mulia atau kerajaan minoriti UMNO sedang menjalankan kempen untuk mengurangkan subsidi ???...reti dak.....




TNB beri bayangan tarif elektrik mungkin naik



Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan memberi subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.


"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu, hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kerajaan memberi subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik bawah RM20 sebulan dikecuali dari membayar bil.

Moggie berkata, penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara lebih cekap selagi mungkin, ini membantu mengurangkan sebarang kesan," katanya.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 diperluas kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama, 18 Julai, 2013.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...