19 Julai 2013

HoT : Abby Abadi Sudah Bernikah....Tahniah.......

Abby Abadi sudah bernikah


Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi


Twitter Abby Abadi

SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri. “Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

Gambar: (TAHNIAH)Abby Abadi Sudah 12 Hari Berkahwin

Dalam diam, pelakon Abby Abadi rupanya sedang menyulam bahagia. Hari ini melalui Instagram miliknya Abby mengumumkan yang dia telah 12 hari bergelar isteri kepada seorang pemuda bernama Farhan yang berusia lebih muda darinya.

Gambar ini diberi kapsyen:-
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas umat Islam menyambut hari raya dan khabarnya mereka berdua masih memilih tarikh yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Abby, semoga berkekalan ke akhir hayat.


Program terkini di PRK K.Besut 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...