18 Julai 2013

HOT : PEMBEKAL DAKWAT SYARIKAT HANTU? SETIAUSHA SPR TIDAK KENAL MOHD SALLEH...

Nampaknya kes dakwat kekal sudah kantoi , sebelum ini , SPR tidak akan mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal baru untuk pilihan raya akan datang kerana ditakuti pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dengan membeli dakwat berkenaan secara terus daripada pembekal.

Apabila Rafizi telah memerangkap spr dan menteri di Parlimen dengan dokumen dan maklumat dari dalam SPR sendiri siapa pembekalnya. Pengerusi spr mengatakan itu bukan urusan beliau tetapi berdalih kepada setiausaha. Semalam setiausaha spr menafikan beliau mengenali individu perunding terus yang didakwa oleh Rafizi di Parlimen.......


Jadi siapa sebenarnya pembekal tersebut masih menjadi tanda tanya...... 



Setiausaha SPR: Rafizi tuduh di Dewan Rakyat kerana kebal di Parlimen




Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Julai, 2013.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.

Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.

"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh,” kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

“Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya
.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai reaksi balas kepada tuduhan Rafizi mengatakan urusan perbekalan dakwat kekal diuruskan oleh Kamaruddin dan urusetianya.

Beliau juga berkata dirinya dan timbalan tidak mencampuri urusan pembelian dakwat untuk mengelak pengundian berulang itu.

Rafizi pada Selasa lalu mendakwa, Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di Shah Alam dikawal selia oleh Mohamed Salleh.

Cubaan The Malaysian Insider untuk menemui Mohamed Salleh di pejabatnya gagal dan hanya dapat berkomunikasi dengan seorang wanita penyambut tetamu syarikat berkenaan melalui interkom.

Dalam perbualan itu, wanita berkenaan memberitahu beliau tidak dibenarkan menjemput orang luar masuk dan enggan memberikan nombor telefon bimbit Mohamed Salleh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika perbahasan di Parlimen pada Rabu memberi jaminan tender pembekal dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan dilanjutkan kerana orang ramai sudah mengetahui siapa pembekalnya.

Beliau berkata, SPR tidak akan mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal baru untuk pilihan raya akan datang kerana ditakuti pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dengan membeli dakwat berkenaan secara terus daripada pembekal.

Bagaimanapun, Shahidan tidak mengesahkan Mohamed Salleh adalah pembekal dakwat pada PRU13 seperti didakwa Rafizi.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada pilihan raya 5 Mei selepas ramai pengundi mendakwa ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya menggunakan sabun.

Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan. ~tmi



Dimaklumkan Mohd Salleh berada di luar negara....

Pejabat syarikat bekal dakwat SPR diburu wartawan

Syarikat yang didakwa membekalkan dakwat kekal bagi pilihan raya umum lalu Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd mula menjadi buruan wartawan selepas namanya didedahkan di Parlimen semalam.

Setakat jam 2.20 petang tadi, termasuk Malaysiakini, sudah tiga pengamal media hadir ke pejabat syarikat itu di Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9A, Seksyen 9, Shah Alam.

Bagaimanapun, kesemua pemberita hampa selepas gagal mendapat sebarang reaksi daripada Integrated Challenger, yang perolehan dakwat kekal itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka mahu menemui Mohamad Salleh Mohd Alli, yang didakwa pemilik syarikat itu oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan dimaklumkan, beliau sedang berada di luar negara.
Berita lanjut SINI

Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...