07 Oktober 2012

Panas ! Patut Hangpa Dah Singkir Lama Dah SUK Pelaq nie..???


Admin nak tumpang semangkuk pasai tulisan Enggang Qadha mengenai SUK Kedah nie...pertama  hangpa pernah tengok dia buat sidang media pasal pentadbiran negeri...tak pernah kan. Maknanya dia sengaja takmau buat kerja...tapi hangpa biak buat apa. Jadi memang urusan melantik SUK perlu pekenaan Sultan, tak silap dia dah habis perkhidmatan cuma sambung dengan jawatan kontrak saja.

Jadi dengan alasan yang munasabah sepatutnya barisan Exco dan MB boleh lah tukar orang lain, apa masalahnya tak mau nampak kalut bukan alasan hangpa jangan jadi macam PM takdak teloq jugak. Hangpa ingat rakyat tak perati ke....rakyat tak tau ke.....admin ada banyak jugak cerita pasal SUK nie dan kroni-kroni dia takpa lain kali kita tibai lagi....    


Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah akan tersingkir?


Oleh: Enggang Qadha

Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kini beliau sudah 'throw the towel'. Tidak hadir beberapa kali Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan sengaja serta asyik berada di luar negara (yang sebahagiannya adalah tanpa pemakluman kepada YAB Menteri Besar).

Ketidakhadiran beliau dalam Majlis Mesyuarat Exco, menyerlahkan bahawa krisis yang berlarutan selama ini tidak terbendung lagi.

Apakah 'krisis' yang berlaku sebenarnya? Catatannya panjang. Rasli adalah seorang yang tidak menyempurnakan ketaatan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat. Sejak mengangkat sumpah sebagai SUK sehinggalah tiga kali membaharui kontrak SUK, banyak keputusan Majlis Mesyuarat Exco tidak dilaksanakan atau dibuat sambil lewa. Beliau tidak hadir di sebahagian besar program rasmi kerajaan negeri yang memerlukan kehadiran seorang SUK, kecuali dengan keberangkatan pihak istana.

Majlis Mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar adalah kepimpinan tertinggi kerajaan negeri yang menentukan dasar pentadbiran. SUK adalah pelaksana, yang akan mengeluarkan arahan kepada pegawai dan kakitangan. Catatan ini tidak perlu dibazirkan dengan mengungkap semua maklumat secara terperinci kegagalan beliau menjalankan tanggungjawab secara 1,2,3.... Cukup dengan satu contoh bagaimana dasar kerajaan negeri tidak dipatuhi, iaitu apabila Menteri Besar mengumumkan tidak menambah lesen baru arak dan judi, melainkan mengekalkan yang sedia ada. Malangnya semua pentadbiran daerah tidak menerima pekeliling tersebut dari SUK.

Pegawai Daerah yang faham akan laksanakan kehendak MB itu walaupun tanpa hitam putih, tetapi yang 'mengelat' akan bekerja hanya dengan perintah dan arahan. Ia memberi jawapan mengapa terdapat daerah (tidak semua), berlaku pertambahan pusat hiburan sebab ada pegawai yang beriman hanya dengan sekeping kertas. Tanpa sekeping kertas arahan itu, hukum Allah bersabit perkara maksiat dan mungkar pun tidak mampu mengatasi kuasa segelintir pegawai. Salah siapa dalam hal ini? SUKlah!

Adakah kemimpinan (politik) kerajaan negeri tidak bersalah dalam isu ini? Mereka pun bersalah, maksudnya MB serta semua Exco yang ada. Perhitungan politik terlalu diutamakan. Kononnya tidak mahu menampakkan ketidakstabilan pentadbiran, seolah-olah ada masalah antara mereka dengan SUK. Kononnya media pro BN akan manipulate isu tersebut berhari-hari, berminggu-minggu macam pelantikan SUK Selangor. Kononnya kerajaan negeri pimpinan Pakatan tidak nampak hebat kerana ada masalah. Jadi 'ijtihad' yang ada ialah, biarlah banyak dasar (baik) kerajaan yang tidak terlaksana asalkan kerajaan kelihatan tidak bermasalah. Rupanya andaian itu memakan diri. Orang yang terlalu dimanjakan dengan kuasa akan lupa diri dan menjolok mata tuannya.

Dipendekkan cerita dan nak jadi cerita, di Kubang Pasu terdapat seorang DO yang sangat memahami dasar kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak serta parti yang mendominasi kerajaan itu. Beliau tidak bekerja hanya kerana sekeping surat pekeliling tetapi bertindak dengan kepercayaan bahawa apa yang dilakukannya adalah menetapi kehendak dan 'cita rasa' kerajaan negeri. Tindakan DO merangkap YDP Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) ini dikatakan tidak disenangi oleh pihak tertentu termasuk pembangkang lalu memperalatkan Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu untuk melakukan pelbagai sabotaj terhadap program anjuran DO tersebut.

'Secara kebetulan' DO Kubang Pasu itu tiba-tiba menerima arahan pertukaran ke daerah lain, walhal beliau baru sekejab di daerah itu. Apa masalahnya? 'Kebetulannya' juga Setiausaha MDKP adalah anak kandung kepada SUK negeri Kedah! Maka insiden itu telah merungkai semua 'catatan kebetulan' yang melibatkan SUK. Kebetulannya juga ahli-ahli MDKP adalah kumpulan 'kepala masam' (tapi professional) yang pantang melihat berlakunya kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Maka bertemulah buku dan ruas. Dan 'secara kebetulan' yang sangat mencabar SUK, kerajaan negeri sekarang dan 50 tahun dahulu ialah implikasi undang-undang yang dijumpai 'secara kebetulan' sewaktu mereka menangani isu ini.

Catatan isu ini lebih panjang dan mendalam. Penceritaan sekadar ini tidak akan menyempurnakan rasa ingin tahu pembaca. Kisah ini akan penulis sambung untuk semua pihak mendapat gambaran sebenar. Apa yang menariknya dalam isu ini ialah UMNO selaku pembangkang tidak akan dapat mengeksploitnya untuk kepentingan politik mereka.

Mengapa UMNO terjerat? Mengapa majoriti KCS tidak memihak kepada SUK dalam isu ini? Di mana sikap pihak istana yang melantik SUK? Bagaimana pendirian Penasihat Undang-undang Negeri? Bagaimana tindakan pihak JPA terhadap kes ini?

Semuanya sangat menarik untuk diketahui. Tunggu catatan selepas ini... -Oleh: Enggang Qadha / Kedahla

Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...