09 Oktober 2012

Panas ! Desakan Pemecatan SU Politik MB, Sandiwara Azmin....


PKR Selangor merasakan mereka terlalu kuat sekarang mungkin kerana orang-orang Azmin sudah menguasai kebanyakan Cabang.  Jadi mereka-mereka ini merasakan banyak jawatan-jawatan dalam Majlis Kerajaan tempatan dan GLC wajar diberikan kepada orang-orang politik sealiran dengannya. 

Biasanya janji-janji politik akan membuatkan kawalan kuasa untuk mendesak agar pihak dari parti mampu  mengisi jawatan penting  dalam kerajaan Selangor  mungkin ini faktor utama timbulnya desakan-desakan dalam suhu pemerintahan PR Selangor dalam keadaan terbaik dari segi pentadbiran, ekonomi dan halatuju kearah negeri maju.

Faktor kedua faktor lobi-melobi pemilihan calon yang digunakan sebaik mungkin pihak Azmin kerana beliau mempunyai pengaruh kuat sebagai Pengarah Pilihanraya menjanjikan  anda akan dipilih sebagai calon,  jadi budaya mengampu telah berlaku terlalu hebat di Kem Azmin.

Budaya ini telah meranapkan ketelusan dalam PKR dan berterus terang lebih baik 
dari kita menyembunyikan sesuatu yang rosak dan busuk.

Budaya cantas mencantas ini telah berlaku dengan meredap dan licik juga
 banyak Cabang yang ditadbir seperti satu syarikat SDN. BHD.  

Tapi ingat rakyat yang sebenarnya yang menentukan siapa berhak diberi mandat bukan PKR hanya sebuah parti dari gabungan parti Pas dan Dap.


Pecat Faekah: Azmin serah pada Pusat
FMT -| October 9, 2012

Beliau mengulas mengenai desakan PKR Selangor agar parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.




 Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya konflik pemecatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin kepada PKR Pusat untuk dipertimbangkan.

“Saya tak tahu menahu..kenyataan itu perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung PKR kerana ini masalah pentadbiran,” katanya yang juga Timbalan Presiden PKR Pusat kepada FMT ketika ditemui hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Borhan Aman Shah agar parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.

Borhan dalam sidang media semalam mahu PKR berbuat demikian kerana Faekah sebelum ini secara terbuka mengkritik Azmin yang cuba campur tangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

“Saya gesa Faekah dipecat parti berkuat kuasa serta merta. Atas kapasiti Faekah tiada apa-apa jawatan dalam parti untuk mengkritik Timbalan Presiden secara terbuka dan jawatannya diberi secara ehsan oleh parti,” kata Borhan semalam.

Azmin bagaimanapun mempertahankan kenyataan Borhan itu sebagai ‘suara akar umbi’, namun menafikannya mewakili suara Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Katanya, isu mengenai Faekah tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat MPN.

“Saya percaya dalam lawatan ke Cabang ada pandangan anggota (bawahan) yang diberikan dan dia mmberikan pandangan seperti yang dinyatakan semalam.

“Pandangan itu telah disuarakan oleh anggota, terserah kepada parti
untuk meneliti pandangan dan cadangan yang dikemukakan.

“Kita hormati pandangan itu dan sebagai parti yang mengamalkan demokrasi dan hak bersuara (perkara itu) kita harus hormatilah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang
notis atau surat aduan rasmi mengenai rungutan atau desakan tersebut.

“Saya tak terima apa-apa (notis). Saya tak tahu tentang perkara ini,” katanya.

Beberapa pemimpin PKR termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua ketika ditemui turut enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ini merupakan ‘perang dingin’ kedua yang diterima Faekah dalam tahun ini selepas mengkritik Azmin mengenai isu amalan nepotisme dalam parti Jun lalu.

Satu gerakan kempen melalui laman sosial Twitter menggunakan hash tag #kamisayangPKR dan #PecatFaekah sebelum ini juga penah dilihat wujud untuk memberi tekanan kepada Faekah berundur diri dari posisinya.


Namun perkara ini segera dihalang pimpinan PKR Pusat yang mengeluarkan arahan agar sebarang gerakan atau kempen ke atas Faekah mahupun ke atas ahli parti dihentikan



Pemimpin PKR Selangor desak Faekah letak jawatan


Borhan (tengah) mendesak Faekah meletak jawatan pada sidang media di sini semalam

SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletak jawatan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham dalam Pakatan Rakyat (PR).

Borhan berkata, desakan itu dibuat kerana Faekah didakwa mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terbuka menerusi sebuah portal berita baru-baru ini.Menurutnya, beliau berharap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Kami selaku pemimpin-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pimpinan pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah. “Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta-merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor di sini semalam.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Azmin mengeluarkan kenyataan Abduk Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya. Dalam pada itu, Azmin menafikan membuat kenyataan seperti itu dan Faekah mempersoalkan niatnya itu.

Tindakan Faekah itu menyebabkan beliau ditegur oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Faekah diingatkan supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti. Borhan berkata, beliau mempersoalkan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka kerana dia tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.

Katanya, Faekah perlu ingat bahawa Azmin mengeluarkan kenyataan berdasarkan kapasiti selaku timbalan presiden, pengerusi majlis pimpinan negeri merangkap pengarah pilihan raya. “Perkara ini dah berlaku berulang kali dan kita harap Faekah lebih teliti pada masa akan datang sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Sebarang komen perlu dirujuk terlebih dahulu kerana kita khuatir perkara seumpama ini boleh menimbulkan pertelingkahan,” katanya.

Dalam pada itu, semalam Sinar Harian Online melaporkan Faekah mengambil pendirian tidak akan mengulas lagi isu melibatkan kedudukan Menteri Besar. Faekah juga akur dengan teguran kepimpinan PKR supaya tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.

Berita Berkaitan :
   Kedahkini

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
Bleh tukar2 link? Blog tuan telah di link kan ke blog saya.. TQ

http://kopitarikkaw2.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...