Bravo CheguBard!! Aku Sokong kenyataan ini!!
Sebelum korang baca apa kenyatan CheguBard.. ini pendapat aku buat semua Ahli PKR Selangor.. tak kira samada Ahli biasa atau Pemimpin Tertinggi PKR Selangor..
Tindakan menimbulkan konflik atau pergeseran antara ahli dalam PKR Selangor ini adalah satu tindakan MAHA BODOH abad ini yang dilakukan oleh Ahli-ahli PKR Selangor.
Dikala kita semakin menghampiri pilihanraya, timbul gesaan agar seorang ahli PKR dipecat hanya kerana beliau mengkritik seorang pemimpin tertinggi parti.
Adakah pemimpin tersebut terlalu maksum bagi mereka hinggakan pemimpin tersebut tidak boleh dikritik?
Kalau nak bodekpun sekalipun janganlah sampai membunuh kawan..
Aku tahu bukan kerana Faekah kritik Azmin sebabnya Ahli PKR Selangor mahu beliau dipecat.. tapi ada sebab lain..
Sepatutnya dalam keadaan ini kita menghargai semua ahli yang kita ada kerana setiap undi kepada kita adalah amat berharga semasa Pilihanraya..
Lebih baik Ahli-ahli PKR Selangor menumpukan tenaga dalam menghadapi UMNO/BN di Selangor bukannya bercakaran sesama sendiri yang akhirnya menimbulkan perpecahan dalam parti dan melemahkan kita sendiri..
Mungkin Ahli-ahli PKR Selangor terlalu yakin bahawa Selangor dapat dipertahankan mereka, oleh itu mereka selesa dengan keadaan jadi tak perlu bekerja keras untuk menang..
Tapi korang perlu tahu.. bahawa sasaran utama UMNO/BN ialah rampas Selangor.. walau apa jua rintangan UMNO perlu merampas kembali Selangor.. untuk survival mereka..
By the way.. ni khas buat Ahli-ahli PKR Selangor jangan kata korang dah kuat sangat sedara-sedara.. kebanyakkan tempat korang baru menang sekali saja..
Kami di Permatang Pauh ni dah berapa kali lalui Pilihanraya..kami tak pernah kalah lagi.. sebab apa?
Sebab kami tak BODOH macam korang!!!
Ini apa CheguBard kata..
Disebalik desakan berterusan agar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meletakkan jawatannya, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain tampil membuat gesaan agar konflik itu dihentikan segera.sumber : ASD
Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard berkata tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno- Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu.
Beliau berkata pimpinan parti yang terlibat tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan isu sedemikian, malah beliau turut menyatakan kegusaran berhubung hal tersebut.
“Siapa yang cakap tidak penting, tapi jangan bergaduh di media, guna twitter dan sebagainya. Saya gusar bila ada pimpinan besar buat contoh dan beri komen di laman sosial sehingga ahli lain pun akan turut serta.
“Maka tiba masa hentikan semua kerja ini dan tumpu untuk menguatkan Selangor dengan cara pentadbiran yang baik. Tidak perlu kecoh tentang hal ini kerana masa terbaik adalah untuk diam,” kata CheguBard memberi nasihat.
Semalam PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Borhan Aman Shah mahu parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.
Borhan dalam sidang media semalam mahu PKR berbuat demikian kerana Faekah sebelum ini secara terbuka mengkritik Azmin yang cuba campur tangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Manakala Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor pula menyerahkan sepenuhnya konflik pemecatan Faekah Husin kepada PKR Pusat untuk dipertimbangkan.
Dalam pada itu, Faekah gagal dihubungi sehingga kini untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
Beliau difahamkan diarah menutup mulut dari memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini.
Desakan seperti bukan baru untuk Faekah memandangkan sebelum ini wujud satu gerakan kempen melalui laman sosial Twitter dengan #kamisayangPKR dan #PecatFaekah wujud untuk memberi tekanan kepada Faekah agar berundur dari posisinya kini.~ Free Malaysia Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan