07 Oktober 2012

PANAS ! Krisis Kerajaan Negeri Kedah..Apa nak Jadi Nie....


PANASS!!! Salahlaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah


Oleh: MATA KCS

Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.

Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.

Tindakan diluar jangka ini cukup mengejutkan dirinya, melukakan perasaanya dan menjatuhkan harga diri dan keluarganya di kalangan pegawai tadbir kerajaan (KCS) serta orang awam yang mengikuti perkembangan ini. Tidak keterlaluan, jika dikatakan bahawa pihak istana turut terkejut dan tertanya-tanya sebab-musabab peristiwa yang berlaku ke atas Datuk Paduka Rasli.

Rakyat seluruh Kedah kini sedang melihat berlaku suatu kebangkitan dari gerombolan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menentang Datuk Paduka Rasli. Di mana, gerombolan tersebut bangun mencabar keputusan beliau yang mereka (ahli-ahli majlis) dapati secara sengaja atau tidak sengaja telah membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus melanggar undang-undang (Akta 171) yang menjadi kitab rujukan di dalam hal ehwal dan perjalanan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia Barat, khususnya.

Walaupun jumlah mereka kecil dan tidak dikenali oleh orang ramai, tetapi penentangan mereka seperti tidak akan berhenti selagi mana matlamat mereka tidak tercapai. Ia juga bagaikan mendapat sokongan padu terutama dari mereka yang tidak senang dengan Datuk Paduka Rasli selama ini.


Gerombolan ahli-ahli Majlis berkenaan yang diketuai oleh saudara Basir Bin Ismail telah

 (1) membuat dua laporan polis di IPD Kubang Pasu yang membabit dirinya. Kandungan laporan polis yang pertama ialah meminta pihak polis menyiasat tentang perlantikan anak kandungnya (Mohd Rezal) sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu yang berada di dalam lingkungan pentadbiran di bawahnya secara langsung. Perlantikan Mohd Rezal seperti berlaku ‘conflict of interest’ yang amat nyata, sekali gus tidak selari dengan amalan di dalam pekeliling perkhidmatan awam di negara ini.

Laporan polis kedua pula tentang tindakan Datuk Rasli yang membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal perlantikan maupun pertukaran Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang disifatkan oleh mereka (ahlimajlis) sebagai telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong kerana telah memberi perkenan perlantikan secara kontrak ke atas Datuk Paduka Rasli. Umum menyakni bahawa perlantikan secara kontrak tersebut adalah di atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku bahawa beliau dapat menjalankan tugas secara profesional serta mengikut undang-undang demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku.

 (2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri.

(3) Lebih mengejutkan Datu Paduka Rasli, apabila gerombolan ahli-ahli majlis menggunakan hak mereka di dalam Akta 171 memanggil Mesyuarat Khas Majlis Daerah Kubang Pasu bagi membentang, membahas dan meluluskan usul mempertahankan kedudukan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang diarah bertukar ke daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan undian sebulat suara. Ia adalah keputusan Pihak Berkuasa Tempatan yang sah, sekali gus mencabar keputusan beliau yang belum pernah berlaku di dalam sejarah sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976.

 (4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra vires.

(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.
 (6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan
(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner “Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan” di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.

Semua tindakan tersebut memberi tamparan hebat buat Datuk Paduka Rasli yang merupakan pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah sangat berpengaruh dengan Istana serta mendapat sokongan kuat dari konco-konconya yang kini mereka semua sedang kepanasan dengan isu penyiasatan rasuah oleh SPRM. Lebih malang lagi, anak kandungnya (Mohd Rezal) yang ditempatkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap gerombolan ahli-ahli majlis, melainkan melopong melihat tindakan aggresif ahli-ahli majlis mencabar bapanya.

Oleh itu, jalan terbaik dan bermaruah buat dirinya (Datuk Rasli) ialah membuat tindakan secara profesional iaitu menulis sepucuk surat secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan jawatannya serta-merta. Meletakkan jawatan secara sukarela lebih bermaruah dari dipecat ataupun dititah berbuat demikian.

Biarlah hal berkaitan perletakan jawatannya di urus dan dimaklumkan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. Tak usahlah beliau sibuk dan memeningkan kepalanya sendiri memikirkan, apakah alasan yang wajar dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebab-musabab perletakan jawatannya. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri menggunakan kebijaksanaan mereka memberikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mudah-mudahan pekung yang busuk lagi bernanah dapat dirahsiakan dari pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertua Agong.

Sesungguhnya, tidak ada alasan kukuh buat Datuk Paduka Rasli mempertahankan jawatan tersebut, lagipun ia hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum kontrak perkhidmatannya tamat tempoh. Beliau patut memikirkan bahawa menamatkan perkhidmatan dalam keadaan yang disanjung dan dihormati oleh pegawai-pegawai tadbir (KCS), bukan dengan cara ia dihalau, dicerca dan dimaki hamun yang mengakibatkan menanggung malu dan menjatuhkan maruah diri dan keluarganya sendiri.

Datuk Rasli sudahpun dapat apa yang dia kehendaki di dalam kerjayanya. Beliau patut tahu bahawa ramai dikalangan pegawai tadbir kerajaan negeri lain yang mempunyai cita-cita sepertinya tetapi mereka tidak berpeluang mendapat seperti yang beliau nikmati. Ini kerana nasib menyebelahi dirinya, buka seperti mereka yang lain. Jadi nasib yang baik ini hendaklah dijaga supaya ia tidak menjadi bala bencana buat dirinya.

Di dalam perjalanan kariernya, beliau telah dijulang menjadi ‘orang nombor satu’ dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah iaitu selaku Setiausaha Kerajaan / Ketua Pegawai Pentadbir Negeri Kedah yang bergred JUSA A. Pendapatan dan kemudahan sebagai orang nombor satu telah dinikmati bukan kepalang sehingga mencecahkan angka yang tidak dipercayai oleh orang ramai. Beliau juga berpeluang ke luar negara hampir separuh dunia di atas peta yang kita belajar di sekolah kerana alasan menjalankan kerja.

Bagi anak lelakinya yang bernama Mohd Rezal, seorang pegawai tadbir kerajaan (KCS) Kedah telah berada di kerusi @ tempat kerja yang selesa. Di awal usia 30an, anaknya telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, dipahamkan memangku gred N48 dan dianugerahkan dua bintang kebesaran (BKM & AMK), walaupun jarang berlaku di kalangan pegawai tadbir negeri (KCS) lain, tetapi itulah hakikat yang terpaksa di telan oleh seniornya seramai lebih 32 orang. Nasib seniornya tidak seperti ‘anak bapak’ (Mohd Rezal) yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa.

Jika tidak ada halangan atau “chah keting” dalam tempoh 8-15 tahun akan datang Mohd Rezal pula menjadi orang besar di dalam pentadbiran negeri Kedah. Ketika itu, gred perjawatannya mungkin mencapai N54. Tidak mustahil perancangan licik yang diatur oleh bapanya (Datuk Paduka Rasli), Mohd Rezal juga akan menjadi Setiausaha Kerajaan negeri Kedah. Sekiranya Mohd Rezal dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan negeri, saya yakin akan berulang sekali lagi penentangan oleh rakyat ke atasnya pula kerana perangai, sikap dan tingkah lakunya saling tidak tumpah dengan bapanya sekarang. Waktu itu, tindakan gerombolan ahli-ahli Kubang Pasu akan dikenang oleh mereka yang terlibat menjalankan protes tersebut.

Jangan dilupakan tentang kedudukan anak saudaranya iaitu Puan Rozaina Binti Dato' Paduka Haji Radzi, kini menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Paduka Haji Radzi, juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa lalu. Adakah Puan Rozaina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Kedah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

Inilah kenyataan yang perlu diterima oleh pegawai tadbir kerajaan (KCS) dan seluruh rakyat di negeri Kedah. Masa depan rakyat dan negeri Kedah adalah terletak dipundak bahu mereka. Baik mereka maka beruntunglah rakyat dan negeri Kedah, begitulah sebaliknya.

Oleh kerana itu, Datuk Paduka Rasli tidak perlu gundah gulana apabila beliau melepaskan jawatannya kerana kedudukan pegawai tadbir negeri (KCS) yang mempunyai pertalian keluarga dan kroninya telah berada di zon selamat dan berkemungkinan pada masa depan mereka pula akan mengambil alih tempatnya. Ini bermakna, legasi Datuk Paduka Rasli dalam sistem pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tidak akan hilang.

Sebagai penulis artikel ini, saya tidak peduli siapakah mereka yang akan menjadi pegawai tadbir kerajaan. Perkara penting buat diri saya ialah memastikan mereka yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Mereka wajib mengambilkira dosa dan pahala ketika menjalankan tugas. Insya allah selagi mereka mengaku seorang insan muslim dan berpegang kepada prinsip dosa dan pahala ketika menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rasli hari ini.

Mudah-mudahan peristiwa yang merakan perjalanan kehidupan Datuk Paduka Rasli menjadi pedoman serta peringatan kepada pegawai tadbir kerajaaan (KCS) Kedah lain supaya lebih berhati-hati, berkerjalah secara profesional dan menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, ada lagi pegawai kerajaan yang tak amanah dibawah pemerintahan pr. Depan yb, cakap bukan main baik. Bila yb tiada, dikutuknya sampai tak sanggup dengar. Mereka ini telah terikut budaya bee end waktu zaman dahulu..Semoga mereka sedar, rakyat sekarang bukan macam dahulu. Harap ramai lagi yang berani yang ambil tindakan serupa pada pegawai2 tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...