09 Mei 2012

Kerajaan yang memalukan Malaysia

Fernandez: K'jaan yang malukan M'sia, bukan saya
Pengarah eksekutif Tenaganita Irene Fernandez menyelar kerajaan kerana menyifatkan beliau "memalukan negara" ekoran tindakannya membangkitkan isu pekerja asing di Malaysia kepada media Indonesia.


Katanya, perbuatan mencemar imej negara itu dilakukan kerajaan kerana Malaysia masih berada dalam senarai pemerhatian Amerika Syarikat berhubung kegiatan penyeludupan manusia sejak dua dekad lalu.

"Siapa yang mencemar imej negara ini jika tidak kerajaan ini?," katanya sinis dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan timbalan menteri sumber manusia Datuk Maznah Mazlan yang menyerang beliau atas kenyataannya kepada akhbar Jakarta Post sebelum ini.

Maznah berkata, kenyataan itu tidak beretikan, tidak tepat dan tidak patriotik kerana tidak menggalakkan Indonesia daripada menghantar tenaga kerja ke negara ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...