09 Mei 2012
Anak dakwa durian runtuh helah politik
SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini.
Dakwanya, setelah 55 tahun Felda ditubuhkan, baru sekarang kerajaan menghargai jasa peneroka termasuk bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.
“Saya lihat ini adalah langkah kerajaan dalam menghadapi pilihan raya, pelbagai imbuhan diberikan kepada peneroka agar mereka memperoleh sokongan.
“Selain itu, Perdana Menteri harus menyatakan daripada mana sumber datangnya wang sebanyak itu yang diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mazlan berkata, Anak tidak pernah menolak sebarang pemberian atau insentif yang diberikan oleh kerajaan kerana secara tidak langsung ia dapat meringankan beban para peneroka.
“Anak menyambut baik pemberian durian runtuh oleh kerajaan, bagaimanapun kami bimbang dengan penyenaraian itu. Sekiranya harga saham jatuh, siapa yang akan bertanggungjawab?,” katanya.
Menurutnya, apakah jaminan kerajaan bahawa saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) tidak akan menerima nasib sama, seperti berlaku semasa penubuhan Amanah Saham Negeri kerana semuanya bermasalah.
Menurutnya, Anak tidak mahu peneroka menanggung hutang sekiranya saham FGVH bermasalah. Selain itu, tiada sebarang penerangan diberikan, malah dokumen ditulis dalam Bahasa Inggeris ketika pemberian pinjaman saham kepada peneroka.
PENGUMUMAN " DURIAN RUNTUH" KEPADA PENEROKA:
'Durian Runtuh': Najib Ugut Peneroka FELDA!
Durian runtuh ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada perjuangan, kata Perdana Menteri di Jerantut, Pahang siang tadi.Begitulah antara intipati ucapan Perdana Menteri, Najib Altantuya membidas sikap pembangkang yang cuba mengelirukan pemikiran peneroka Felda dengan menyelewengkan fakta sebenar.
Kununnya, pembangkang cuba menanam persepsi segala tindakan kerajaan tidak betul dan
memperlekehkannya walaupun ia mendatangkan keuntungan kepada rakyat.“Pembangkang ketandusan modal. Kalau mereka tak boleh menangkan hati rakyat mereka cuba kelirukan fikiran.
“Sebab itu ada cuba nak bawa kes ini ke mahkamah. Tapi kita cekal teruskan juga Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) disenaraikan kerana kita tahu ini untuk kebaikan,” katanya dihadapan kira-kira 50,000 warga Felda di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 di sini hari ini.
Kebaikan apa? Kebaikan untuk merompak harta FELDA sendiri secara sah?Katanya, lebih malang pembangkang sering meletakkan beban sesuatu kesalahan kepada Umno sekalipun isu itu menuding ke arah pembangkang.
“Semuanya nak dipersalahkan kepada Umno sehinggakan anak yang tak pedulikan mak pun Umno yang bersalah. Hebat sangatlah Umno ni sehingga isu dalam kelambu pun kita ada pengaruhnya,” katanya.Malah katanya ada pembangkang yang cuba menghasut peneroka supaya tidak menerima kebaikan ‘durian runtuh’ yang ditawarkan kerajaan.
“Saya nak tengok muka-muka ini durian runtuh ni mereka nak terima atau tak. Saya tak rela dan tak redha mereka ni terima. Itu pasallah nak cuba khianat apa yang kita buat lepas itu muka tebal terima pula.
“(Durian runtuh) ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada perjuangan,” katanya sambil disambut teriakan sokongan peneroka.Katanya, peneroka patut bersyukur kerana untuk sampai pada detik ini bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana mereka sebelum ini terpaksa melalui pelbagai halangan dan pengorbanan semasa membuka tanah rancangan itu.
Beliau turut terharu dengan sokongan dan kehadiran peneroka di majlis tersebut yang disifatkannya diluar jangkaannya sama sekali.“Kalau begini sambutan, esok pun boleh bubar parlimen…tapi nanti dululah,” katanya.
Jelas, hampir keseluruhan ucapan Najib hanyalah untuk memastikan undi yang sedang dipancing tidak akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat kerana firasatnya hanya dengan jalan kebendaan sahaja Umno-APCO akan dapat diselamatkan.
Persoalannya, mengapa hanya RM15,000?
Mengapa tidak RM50,000 seperti yang pernah dijanjikan sendiri Najib awal tahun ini??
Sedangkan RM15,000 itu pun akan dibahagikan lagi kepada beberapa pihak termasuk peneroka yang beristeri lebih daripada satu!
Tambahan lagi, mengapa ia diberikan dalam tiga peringkat iaitu RM5,000 pertama, RM5,000 kedua dan RM5,000 kali ketiga dan terakhir?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan