09 Mei 2012

MB Selangor buat Najib Makin Berpeluh

Kerajaan Negeri Selangor terkejut dengan penemuan bukti oleh pendakwa awam Perancis yang mengaitkan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah sejumlah AS $ 1 billion.


Kerajaan Negeri berpendapat bahan bukti yang menyatakan Datuk Seri Najib telah meminta AS $ 1 bilion (RM 3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN - amat serius.

Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia terutama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memandangkan orang yang tertuduh sekarang memegang jawatan tertinggi di Kerajaan Malaysia serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor.

Sebagai Menteri Besar, saya mewakili rakyat Selangor, menyeru kepada SPRM untuk memulakan penyiasatan dalam isu ini kerana ianya melibatkan rasuah berbillion ringgit dan salah guna kuasa untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.

Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan,

Kerajaan Negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa.Jika perlu, dana anti-rasuah dari Geran Selangorku juga boleh dibelanjakan untuk menjayakan usaha ini.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor komited dalam memerangi rasuah disemua peringkat dan tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu yang sebegini serius.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Sumber & Komen TL : Sprm, apa lagi, tu kerajaan negeri dan nak bantu tu, takkan tak mahu kot, ke takut dekat najib nei, pelik la, apasal korang semua nei takut sangat dekat najib tu?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...