08 Mei 2012

ISU BAPA KAFIR: TGNA ' SAYA TAK MAHU MEMBERIKAN APA-APA KOMEN '

Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen.
dari kenyataan FB Nik Abdul Aziz Nik Mat

KENYATAAN RAHIM NOR -DALAM BM DARI Malaysiakini

Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'


Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".


Kenyataan Pemuda Pas Pusat dalam isu berkenaan:


Pemuda PAS: Bekas IGP kurang ajar


Pemuda PAS hari ini mengkritik keras kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menyifatkan mursyidul am mereka Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "bapa kafir".

Naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata kenyataan Abdul Rahim itu

keterlaluan, bersifat kurang ajar dan semberono."Menuduh seseorang itu kafir adalah tuduhan yang berat, terlebih lagi jika yang dituduh itu adalah alim ulama," katanya.

Abdul Rahim hari ini dilapor menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tanggungjawab agama.


Akhbar New Straits Times memetik Abdul Rahim sebagai berkata, itu bukan kali pertama Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad mempersoalkan siapakan Abdul Rahim untuk mengeluarkan hukum kepada pemimpin rohani PAS itu.

"Apakah latar belakang beliau jika hendak dibandingkan dengan ulama' ini dan sejauh mana kefahaman Islam beliau sehingga boleh mengeluarkan pandangan seseorang itu sesat atau betul?" soalnya.


Raja Ahmad juga menyifatkan kenyataan Abdul Rahim menghina institusi ulama apabila pandangan Nik Abdul Aziz dikongsi ramai ulama yang turut hadir dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Pemuda PAS merasa kesal kerana kenyataan Tan Sri Rahim Noor disiarkan oleh media-media utama tanpa tapisan.

"DPPM turut kesal kerana para ulama dalam Umno serta Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendiamkan diri apabila para ulama' dihina dan ditohmah sesuka hati," katanya sambil menyeru Abdul Rahim "bertaubat" segera.

1 ulasan:

TokGuruUltraman berkata...

kenyataan samseng taik minyak yang sudah nak mampus.
kenapalah bangang sangat si tua ni?. kalau beliau duduk diam-diam dan makan duit yang dihadiahkan along dan gangster, lagi kelihatan mulia, tiada orang yang sakit hati.
kalau mulut gatal sangat, pergilah masuk pertandingan maharaja lawak, menang dapat duit.
sudahlah bekas banduan, cakap merapu pula, malu pada tanah kubur brother.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...