16 Mac 2012

KEANGKUHAN SHARIZAT & KELUARGA PUNCA MASUK PERANGKAP RAFIZI !!!


Siapa Rafizi Ramli. Jika ada seorang yang telah memalukan kerajaan Barisan pada hari ini, Rafizilah orangnya. Jika Barisan, terutama sekali UMNO, akan kalah pada pilihanraya umum yang akan datang, ia adalah hasil usaha Rafizi yang tidak pernah jemu mendedahkan skandal dan korupsi NFC yang melibatkan Menteri Wanita yang juga dari barisan UMNO BN.

Kesungguhan Rafizi menyamai ketelitiannya dalam mencari bukti korupsi peringkat nasional. Kemudian dengan cemerlangnya, dia mendedahkan butir-butir dalam skandal itu sikit demi sedikit, memerangkap lawannya.

Sharizat dan keluarganya telah jatuh tersungkur ke dalam perangkap Rafizi.

Apabila butir-butir ringkas yang pertama telah diturunkan, pegawai NFC cepat bertindak balas dengan membuat penafian. Kemudian setelah berjaya terjebak ke dalam perangkap, Rafizi menerkam kepada mereka dengan mendedahkan lebih banyak fakta, memaksa mereka menarik balik penafian awal itu.

Mereka memandang rendah keupayaan Rafizi, mereka mengemukakan satu lagi pertahanan kuat, tetapi ia telah dirobohkan oleh Rafizi dengan satu lagi pendedahan.

Rafizi menjadikan mereka kelihatan begitu bodoh, tidak cekap, atau kedua-duanya sekali, selain daripada melanggar undang-undang.
Apabila Rafizi mengeluarkan fakta pembelian kondominium mewah, pegawai NFC pada mulanya menafikannya dan cuba untuk melakukan serangan peribadi dengan merendah-rendahkan Rafizi, namun, mereka dengan cepat berundur apabila Rafizi mengeluarkan butir-butir yang lebih sulit. Selepas ini mereka cuba untuk merasionalkan pembelian sebagai ‘pelaburan’! Pengurus NFC bukanlah satu-satunya yang diperangkap oleh Rafizi. Ketua Polis yang pada mulanya menolak dakwaan terpaksa menarik balik dan membuka semula siasatan. Sekarang, pegawai penyiasat yang bijak pandai telah mencadangkan agar pegawai NFC dikenakan dakwaan pecah amanah, pada asasnya untuk menghalang pegawai atasan daripada mencampuri siasatan.

Semua akuan-akuan yang bercanggah ini mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz untuk memberitahu pegawai NFC supaya menutup mulut mereka, nasihat yang sangat aneh dari seorang ahli politik yang biasanya tidak berhenti bercakap.

Perangkap Rafizi yang terbesar adalah pemfailan saman fitnah oleh Shahrizat terhadapnya. Dalam prosiding sivil yang berbeza daripada jenayah, kedua-dua plaintif dan defendan tertakluk kepada soal siasat dari mahkamah. Sekarang Rafizi akan mempunyai peluang di mana mereka yang terlibat perlu memberi keterangan bersumpah di mahkamah secara terbuka. Saman fitnah terbukti cara yang paling berkesan untuk mendedahkan adanya rasuah dalam politik, kerajaan dan perniagaan yang telah mencengkam negara kita sejak beberapa dekad lalu. Dari segi perbezaan jumlah RM250 juta ini skandal NFC agak kecil berbanding skandal kejatuhan pertukaran asing Bank Negara atau Pelabuhan Bebas Cukai Klang (PKFZ). Walaupun kurang dalam nilai wang, jika berbanding dengan pendedahan korupsi yang menjijikkan, terutamanya kerakusan dan keangkuhan ahli politik tertinggi UMNO, ia tiada nilainya.

Rafizi Ramli mengingatkan saya pada Tun Razak yang muda. Seperti dia, Rafizi berasal dari sebuah kampung di pantai timur Malaysia (Terengganu bagi Rafizi, Pahang bagi Razak). Kedua-duanya merupakan pelajar cemerlang di Kolej Melayu, dan kedua-duanya telah dihantar ke Britain atas biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional, undang-undang untuk Razak dan kejuruteraan untuk Rafizi. Sekali lagi, kedua-dua mereka telah mempunyai kerjaya yang baik sebelum berkecimpung dalam bidang politik. Razak mungkin telah menjadi anak negeri yang pertama memegang jawatan ‘Gabenor-Jeneral British’ di Malaysia. Beliau telah meninggalkan itu dan menyertai UMNO pada masa ganjaran pangkat mahupun kebendaan belum tentu diperolehi.

Rafizi telah mempunyai kerjaya "fast track" di PETRONAS dan mungkin juga boleh menjadi CEO pada masa depan tetapi meninggalkan itu semua untuk menyertai Keadilan yang pada masa parti itu tidak mempunyai kuasa politik langsung.

Musuh utama Razak pada masa itu adalah mereka yang berkulit putih, orang British yang berfikiran kolot dan bersifat kolonial; bagi Rafizi pula, tidak kurang menggerunkan orang-orang berkulit sederhana gelap, panglima UMNO yang berfikiran ala feudal yang sudah berakar umbi tetapi menyamar sebagai nasionalis Melayu.

Ia lebih senang untuk memperlekehkan Rafizi seperti wartawan bebas yang menyelongkar korupsi demi untuk mencari publisiti atau untuk memanggilnya dengan pelbagai nama, seperti Menteri Wanita Shahrizat telah lakukan. Kesilapan mereka adalah memandang rendah kepadanya, seperti ramai yang di dalam UMNO. Mereka yang tamak dan tidak malu kerana terlibat dalam skandal NFC lebih baik menjawab sahaja persoalan yang didedahkan oleh Rafizi, dan perlu berbuat demikian tanpa memperkecilkan kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Rafizi tidak mungkin boleh mendapatkan butir-butir dan dokumen penting tanpa bantuan ‘dalaman’. Mereka yang telah memilih untuk mengamanahkan ini kepadanya mencerminkan keyakinan mereka terhadapnya. Itu adalah kayu ukuran bagi lelaki muda yang pintar ini.

Rafizi Ramli bukan hanya bintang yang bersinar dalam parti Keadilan, mereka juga milik Malaysia. Merekalah pemimpin muda yang berkaliber yang akan memimpin Malaysia ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

M Bakri Musa adalah seorang penulis terkemuka Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...