16 Mac 2012
Rafidah: Shahrizat tiada langsung pengorbanan kepada parti, dia pencetus masalah
'Berundur? Apa berundur?' demikian kata bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, menyusuli pengumuman Ketua Wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahad lalu, berikutan tercetusnya skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN).
'Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April ini...
'Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa,' kata Tan Sri Rafidah, yang dipetik oleh akhbar Malay Mail, kelmarin.
Malah, mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia itu berkata pengumuman Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan kabinetnya itu pada 8 April ini langsung tidak membawa sebarang makna.
Malah, beliau berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan terus menimbulkan masalah kepada parti itu, menjelang satu pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam beberapa bulan lagi.
Isnin lalu, beberapa pemimpin BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memuji langkah Datuk Seri Shahrizat itu dan menyifatkannya sebagai satu 'pengorbanan besar'.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan