16 September 2012
TERKINI! Bekas Ketua Umno-Tanjung Aru Dan Naib Presiden Perkasa Menyertai PKR
TERKINI! Bekas Ketua Umno-APCO Tanjung Aru Dan Naib Presiden Perkasa Menyertai PKR
Sambutan perayaan Hari Malaysia ke-49 Pakatan Rakyat bergegar lagi di kepulauan Borneo!
Setelah sah kemasukan bekas Bendahari Umno-APCO Sabah, Ibrahim Menudin menyertai PKR di Labuan petang tadi, bekas ketua Umno-APCO Bahagian Tanjung Aru, Sabah yang juga bekas Naib Presiden PERKASA, Yahya Lampong sah menyertai PKR!
Majlis tersebut disaksikan ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali,
Bertempat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran yang dihadiri lebih 8,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam keadaan hujan lebat, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat rakyat Sabah bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Rakyat meraikan sambutan Hari Malaysia serta pengumuman kemasukan Yahya.
Yahya yang dipecat dari Umno-APCO pada 23 Ogos 2001 bersama-sama dengan Ketua bahagian Gopeng, Mustafa Kamal Mohd. Nawi; dua ketua bahagian Muar, Abdullah Omar dan Abdul Malek Munip serta ketua bahagian Baling, Zainol Md. Isa.
Turut menerima nasib sama ialah Ketua Bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Md. Nor dan Ketua Bahagian Bukit Bintang, Abdul Azim Mohd. Zabidi.
Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.
Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.
Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan