18 September 2012

Panas ! Apa Yang Selamat....Kereta Rasmi Tim. Menteri Pun Dicuri !!!

Kereta rasmi timbalan menteri hilang di Johor ditemui terbakar
Anggota polis memeriksa kereta timbalan menteri yang terbakar di Kapar.

KLANG - Kenderaan rasmi milik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu anak Belum yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Johor Bahru pada 2 Jun lalu, ditemui terbakar kurang 500 meter dari simpang Jalan Akob, Kapar di sini, Sabtu lalu.

Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk."Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan.
"Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini.

Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api.
"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya.Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Kejadian Jenayah memang memening kita tambahan terkena batang hidung kita, untuk makluman kita lihat kes-kes pembunuhan jenayah berat yang berlaku semalam dan hari ini dibawah:


Pengawal ditembak mati dalam van bawa wang tunai
18/09/2012 - 19:55:22 PM -BH online

TAIPING: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dipercayai ditembak rakan sekerjanya dalam sebuah van yang membawa wang tunai petang tadi.
Mangsa, Hasnol Hafiz Saad, 28, ditemui di tempat duduk pemandu dengan beberapa kesan tembskan di tubuhnya manakala rakannya berusia 25 tahun menghilangkan diri.
Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, enam daripada 13 karung berisi wang turut hilang.


Wanita maut terkena tembakan rambang di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut terkena tembakan, manakala tiga yang lain parah ditetak selepas sekumpulan lebih 20 lelaki menyerang kawasan kediaman di Kampung Bukit Lembu, dekat Jalan Bukit Selambau, di sini, malam tadi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...