18 September 2012
Panas! Kapal Selam Scorpene Tersadai Di Tepi Pantai Perlis....???
Dari sahabat FB Kedahkini Hijau Bulan
Hijau Bulan
lebih kurang sejam yang lalu
berita terbaru.... sebuah kapal selam dilihat terdapar ditepi kuala.... lokasi... kuala sungai bharu, simpang empat kangkung, perlis..... kalau nak pi tengok pun boleh.... naik free.... -Kedahkini
INI BERITA PASAL SKANDAL SCORPENE PULAK:
TERKINI! Siapa Arahkan SUARAM Didakwa Di Mahkamah?
NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan didakwa di mahkamah minggu ini selepas mendapat lampu hijau daripada Pejabat Peguam Negara kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.
Kenyataan Ismail yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata pertuduhan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah kesalahan yang dilakukan oleh NGO tersebut.
Ismail menjelaskan bahawa kelewatan dalam mengambil tindakan terhadap Suaram adalah kerana kes itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu.
NGO pro-Pakatan Rakyat itu menjadi ketakutan perdana menteri, Najib Altantuya setelah skandal komisen pembelian kapal selam kelas Scorpene dari Perancis bernilai EUR114 juta (RM570 juta) terbongkar yang turut dikaitkan dengan pendedahan misteri pembunuhan model dan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaaribuu di Puncak Alam pada 2006.
Dipercayai menurut sumber dari Jabatan Perdana Menteri yang tidak mahu didedahkan, Najib sendiri yang mengarahkan Suaram yang bernaung di bawah sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd (dalam entiti yang sama) didakwa sebelum kes tribunal Grand de Instance di Paris, Perancis yang membicarakan kes tersebut bersambung tidak lama lagi selepas cuti musim panas di Eropah berakhir.
Suaram adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.
Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.
Sapina pertama yang dikeluarkan panel hakim yang dianggotai tiga orang dihantar kepada pembantu kanan yang juga bekas penasihat strategi Najib Altantuya, Razak Baginda iaitu Jasbir Singh Chahl pada 23 Jun lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan