Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH
PENDEDAHAN yang paling mengejutkan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), merangkap Pengerusi AMANAH SABAH iaitu NGO yang membela kepentingan Sabah, di dalam Sabahkini.net dua hari yang lalu, sangat-sangat membimbangkan generasi Sabah sekarang dan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Mengikut apa yang dikatakan oleh Datuk Wilfred Bumburing, sebanyak 1. 3 juta PATI disyaki telah diberi IC, ini sesuatu yang sangat malang bagi rakyat Sabah, mereka sekarang berada di sekeliling kita kiri dan kanan, dikirakan sekarang nisbahnya ialah di mana setiap 5 orang rakyat Sabah yang ada di jalan 3 orang adalah PATI yang ada IC. Senario ini menunjukan betapa bahayanya kita sekarang.
Menurut Datuk Wilfried Bumburing juga pecahan 1. 3 juta PATI ber IC ini adalah seperti berikut; 70% Bugis, 20% Suluk-Bajau-Filipina, 10 % Pakistan.
Mereka ini sekarang hidup bebas dan bersaing dengan orang tempatan dalam bidang ekonomi, peluang kerja, kesihatan awam, berada dalam perkhidmatan awam dan paling bahaya dipilih menjadi pemimpin 'Penyu' kita.
Maksudnya, mereka diangkat menjadi YB tetapi asalnya dari negara lain. Sememangnya sudah ada yang jadi YB di Pantai Timur Sabah , dengan memiliki IC palsu ini mereka beranggap bahawa sahnya mereka adalah pemimpin yang dilahirkan di sini. Peristiwa ini adalah sesuatu yang malang bagi warga Sabah, yang terpaksa berkongsi negeri ini dengan PATI ber IC projek; tidak seperti warga Sarawak yang tidak langsung mempunyai PATI itu.
Adalah menjadi harapan Datuk Wilfred Bumburing dan rakan-rakannya yang lain, untuk mengambil keputusan sekarang sebelum terlambat dengan beraninya keluar dari BN dan memberi sokongan pada PR kerana yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Baru lepas PRU 13 ini.
Satu perhitungan yang mungkin hampir tepat dari Bumburing bahawa hanya PR dapat memperbetulkan segala kesongsangan yang berlaku di Sabah ini; namun tidak semua dapat membaca kocakan fikiran Bumburing yang jengkel setelah Memorandumnya kepada Kerajaan Malaysia dipandang sepi.