29 September 2012

Panas ! Sebab apa Najib berani pakai baju hijau...???


 Bukti SPR Menipu?

  Patut Najib berani pakai baju melayu hijau, samada dia nak menyindir pemimpin PR sebab beliau begitu yakin dengan bajet kali ini dapat menarik pengundi menyokong BN.  Tapi jangan lupa sebenarnya beliau lebih licik menggunakan 
balaci SPR yang jadi penyelamat  mereka sebenarnya . Sebab itu beliau terlalu 
yakin akan duduk di Putrajaya lagi selepas PRU13......?


Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim seperti mana yang ditemui di dalam laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka perolehi. 

Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang atau sengaja dilakukan walaupun kesalahan dan kecatatan itu boleh diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi. 

Perkara itu jelasnya;

1. Terdapat 64,100 pengundi pos yang namanya dimasukan dalam daftar undi pos dalam tempoh satu hari di mana proses ini tidak menerusi proses semakan dan bantahan.

2. Sebanyak 77,246 nama pemilih yang tidak terdapat dalam PRU 12 tetapi tiba-tiba muncul dalam daftar pemilih baru untuk PRU 13. Nama-nama ini sudah lebih lima tahun memohon sebelum ini tetapi baru dimasukkan, keadaan ini memelikkan.

3. Sebanyak 304,136 pemilih yang tarikh permohonan mereka diragui atau tidak ada langsung tetapi terdapat dalam daftar pemilih yang disahkan untuk dipakai dalam pilihan raya akan datang.

4.Sebanyak 252,000 nama pengundi polis dan tentera yang tidak disertakan dengan lokaliti. Lokaliti pula sekarang ini dikurangkan menjadikan pengundi disesuatu lokaliti itu besar menyebabkan sukar untuk membuat semakan dan pemantauan.

5. Terdapat 4.3 juga pengundi yang tidak beralamat atau tiada nombor rumah. 1.99 juta boleh diperbaiki segera tetapi tidak dilaksanakan.


Dengan terdedahnya beberapa perkara itu jelas menunjukkan SPR bersubahat melakukan kebusukan untuk memastikan UBN menang. Menurut daftar pemilih hingga Mac tahun 2012 terdapat 13 juta pemilih.

Sehubungan itu Anwar meminta supaya pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan menyelesai dan mengambil tindakan berhubung perkara ini menyegerakan tindakan.

Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...