27 September 2012

Kelakar...' Gua Kawan PM ' Motto Korporat......


Syor ‘Gua kawan Perdana Menteri’ motto korporat


 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar frasa "Gua kawan Perdana Menteri" menjadi motto korporat yang baru kepada George Kent (Malaysia) Berhad.

Ketika mempertikaikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV) layak dianugerah projek LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion, Mahfuz juga mencadangkan supaya George Kent menjadikan potret Perdana Menteri sebagai logo korporatnya yang baru.

"Seperti yang kita ketahui, syarikat-syarikat biasanya mempunyai kata-kata yang menjadi keyakinan masing-masing seperti "pelanggan sentiasa betul" dan sebagainya.

"Dalam dunia korporat, saya difahamkan ia dipanggil corporate mantra.

"Saya cadangkan supaya George Kent menjadikan kata-kata Najib yang masyhur, "Lu tolong gua, gua tolong lu" sebagai corporate mantranya yang baru," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. 

Mahfuz juga mencadangkan supaya George Kent menukarkan nama pejabat korporatnya kepada nama 'Wisma Najib'.

"Dalam profail syarikatnya, George Kent bolehlah tulis bahawa kepakaran korporatnya ialah main golf dengan Perdana Menteri," katanya lagi.


Dakwaan Najib tentang kelayakan GKLP JV untuk projek LRT itu terkandung dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September.

Dalam jawapan di Dewan Rakyat atas sifatnya sebagai Menteri Kewangan itu, Perdana Menteri mendakwa bahawa GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

Bulan lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengemukakan satu surat daripada pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang menyatakan George Kent "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...